Saturday, 3 January 2015

Tak tau nak letak tajuk apa hahha

السلامءليكم! 

Hari ni bangun tido je terus lompat dari katil, keluarkan ayam dari peti, defrost. Hajatnya nak goreng je ayam tu untuk suami, sebab semalam nak masak tapi suami ajak makan kat luar je. Hihi. Lepas tu keluarkan jugak ikan aye atau nama lain dia ikan tongkol, nak gulai kuning ala kelantan gitu. Mehehe. Suami dalam bilik duk syok berdengkur lagi sementara tunggu dia bangun boleh kita siapkan mana yang patut. Potong kangkung, kupas bawang etc etc. Pastu tengok tv jap sebab lama pulak tunggu ayam defrost.


Bahan semua dah ready tetiba rasa tak tau pulak macam mana nak masak ikan tu. Amik phone call Umi minta resepi hahhaha. Malam sebelum tu call mertua, minta resepi air asam sebab suami nak makan ikan panggang cicah air asam. Hoihh kemain dia request, iols jugak pening kat dapur hahha. Nasib menjadi ehehe. Suami jugak la yang tolong, kita tukang tengok hahha. Dah la macam lama jugak la tak masak untuk suami sejak balik kamphng hari tu sampai dia cakap "macam dah rindu nak makan masakan isteri" ececece pandai la!

So tadi suami bangun je time semua lauk dah naik dapur. Dia duduk jap depan tv pastu bangun cakap "nak makan.." eh eh awak ni nampak tak isteri tengah karate kat dapur ni? Dia saje la nak mainkan aku tu. Lepas tu dia buat telur dadar pulak. Masa tu kita dah mula hidang makanan kat meja makan. Pastu buat air ribena sikit, settle. Tunggu suami goreng ikan masin dia je pastu dua dua diam melantak. Hahhaha.

Setakat ni, apa kita masak semua dia makan. Tak complain pun, kadang dia yang request, so tak payah pening cari idea nak masak. Gittewww. Awal pregnant hari tu tak lincah sangat memasak, asyik nak baringg je. Kadang kadang dia yang masakkan untuk kita hahha. Sekarang kita la paling lasak kat dapur sendiri. Hahhaha.

So makan apa lunch hari ni? Mehehhe. Salam Maulidur Rasul!

2 comments:

MIRA said...

My dear hanan preggy??sonoknye...heheh..thniah!bpe bulan dh? :)

Abnun Abnun said...

Tak tahan tengok selera pun datang sedap mata memandang.