Tuesday, 13 January 2015

Puasa dan permintaan pelik

Jadi semalam saya berpuasa. Ewahh terus jadi saya, terus jadi sopan. Hahha. Sebenarnya semalam hari pertama saya ganti puasa. Kahkah. Kan nikah lepas raya, memang takde chance nak puasa la. Hahhahaha. Sekarang pulak dah pregnant ni baru teringat puasa belum ganti, nanti kang dah makin sarat kang banyak pulak alasan aku penat tak larat la. Haihh. Jadinya kena ganti cepat cepat. Untung tak tinggal banyak. Mihmih. 6 hari je. Ok banyak.

Semalam tengahari suami ajak lunch, kita tak bagitau pulak puasa. Dia risau la tu dah la malam tu sebelum tido kita lapar tapi tak makan. Hahha. Konon nak sahur makan nasi panas dengan ikan goreng, tapi nan hadooo, mimpi sajoo eh. Hihi. Tapi kan, semalam takde rasa lapar, letih pun. Baby tolerate baik punya dengan mak dia. Pujuk2 baby, tanya ngn dia karang nak makan apa. Hahhaha harusla aku tanya aku sendiri yang suggest nak makan apa tapi still cakap baby nak la. Bahhaha. Cakap sorang pulak tu, depan pc sambil sengeh2. Hahahha. "Baby nak eat apa? Mummy nak sira pisang la, ok nanti kita eat sira pisang ehh" Sewel tak gitu?

Elok habis kerja, nak angkat bontot tetiba bos suruh tggu jap, ada benda nak bincang. Adoii. Kita ni kemain la bagi alasan nak balik masak nak buka puasa etc etc. Tapi tak layan ehh, siap cakap kalau u tak sempat masak i belanja u makan. Pfttt. I sekarang makan kat rumah je tau, suami suap both of us. Kahkah. Tapi redha la, nasib bincang benda yang menceriakan hidup, takla kita balik kerja nak stress je. Alhamdulillah, suami kata rezeki anak =) Ishh nak beranak selalu la macam ni. Ops! Lepas tu pukul 7 baru nak balik. Erghh.

Suami suggest tapau je, sebab kesian la nak masak apa semua, pastu dah tak sempat. Semua kita tolak, ajak gi pasar malam pun kita tolak. Sebab dah plan nak masak apa. Gi beli barang kejap pastu berbuka makan coklat kisses je dalam kereta. Dah buat kita happy pun. Siap beli air buah delima lagi, uols kemain lagi sekarang kita minum all the types of juices which is really not my cup of tea. Frankly speaking, suami ajar, suami suruh. Dah la tak makan sayur, ganti dengan jus. Tu pun kena lagi sebab takmau makan kerang, hati la apa la since nak cantikkan darah. Hahha. Itu memang takleh telan.

Balik rumah terus masak laju laju. Lepas Isyak jugak baru boleh makan. Hihi. Tercapai hasrat baby nak sira pisang. Jahaha. Janji hati i puas. Sekarang ni memang nak makan benda maniss je. Hari tu mengarut nak bubur jagung, nak suami yang buat  hahhaha. Haruu laki aku! Terus call umi dia mengadu menantu nak bubur jagung hahhaha. Tapi lepas dah dapat jagung manis itu hari, enough la i is puas hati. Pregnancy is weird kan? Bahaha. Eh lupa nak sambung entry pregnancy hari tu. Laterrr. *janji saja*

Tapi. Ada satu je lagi. Kita rasa pelik. Sebab tu tak minta ngan suami. Minta kat sini. Mohon suami baca dan tak gelakkan aku. Kita nak makan naan tandoori, dekat kedai mamak Thaqwa tu, hahha. Tapi nak makan tengah malam. Kalau kita tido awak kejut kita gi sana buat surprise2 pun kita mesti tanjat2 suka! Bahahhaha. Surprise apa ni siap request. Adoi. Tengah malam je tau, time agak2 perut lapa, sejuk. Berdua je kihkih. Tapi make sure la esoknya tu tak kerja. Err. Eh tak tau la apa pelik sangat permintaan ni. Hahahahha. Baby kot, bukan kita. Hahha

Bye!

No comments: