Wednesday, 14 January 2015

Pregnancy Story Part II

Hari ni kita cuti yuhuuu. Suka suka hati cuti. Kihkih. Nak sambung entry pregnancy hari tu la.

Reaksi Keluarga

Haaa. Lepas je buat UPT tu memang suami teruja gila nak inform semua orang. Alahaiii. I stress sorang sorang bahahha. Dia memang inform awal lagi dekat family dia, lepas tu bila kita balik kampung adik ipar duk cerita reaksi sebenar family dorang bila tau kita pregnant. Dia kata Abah senyum manjang time drive balik dari kerja sampai rumah bila Umi inform kata dorang nak dapat cucu. Kehkeh. Cucu pertama kot, mungkin excited lebih. Umi pulak teruja nak beli itu ini untuk cucu dia yang masa tu entah baru brape minggu dalam perut ni ='). Sampai suami pun bising, kalau parents dia call ke takde nak tanya pasal dia dah, semua tanya pasal kitaaa je. Hahhaa. Dah awak tak pregnant buat apa nak tanya. Hahhaha. Family kita tahu lambat sikit haahah, sebabnya sebelum kahwin kita ada pakat dengan Umi kita, tak mau cepat sangat hahha so umi dah ajar macam macam la. Tu yang macam segann la nak bagitau. Unplanned pregnancy gitu. Balik kampung Umi tanya dah period tak, kita jawab dah. Hahhaha. Pastu rasa tak boleh ni kena bgtau jugak. "Sebenarnyaaa orang dah dua minggu lewat period". Terdiam jap Umi. Dia kata, dah agak dah sebab memang selalu kalau bendera masa kahwin memang senang lekat la. Dia kata cepatnyaaa, Umi macam tak boleh bayangkan lagi aku pulak yang nak jadi mak, lagipun dia kata belum puas lagi nak ajak aku jalan berdua je ngan dia macam sebelum ni. Alahaii Umi. Kurang excited dia, sebab dah dah dua cucu weh. Bising rumah. Hahhaha. Tapi beza pulak dengan Abah, memang bersyukur la nak tambah cucu. Tapi dah lama sikit Umi memang dah boleh terima la hahhaha pastu dia pulak sibuk tanya pastu nasihat macam macam. 9 bulan lama kot bukan la hari ni tau pregnant esok terus keluar anak. Ayat sama suami bagi kat kita bila alasan kita belum nak anak sebab belum puas manja bergesel dengan dia. Huhuhu. Dont judge me, kita mengaku memang kita mentally tak ready. Huhu. Tapi tu la, "once you prepared to get married, you prepared to have kids" ayayayaya.

Eh memang semua orang yang baru kahwin semua duk tunggu berita ni eh? Hahhaha. Kita memang tak inform kawan kawan pun, officemates tau pun sebab kes tak missed surau. Hahahha. Kantoi. Dengan closed friends pun bagi hint je ada jugak yang dah agak before i reveal. 16 minggu baru semua kawan tau bahahahha.  Suami lagi la, kawan dia semua duk bisik tanya. Even yang pergi Mekah time tu pun whatsapp dia kalau dah ada berita baik, kalau belum nak tolong doakan. Hihi. Alahaii. Suami yang awalnya excited nak bagitau semua orang terus hilang semangat bila isteri dia hari hari menung hahhahahahhaha. Dia rasa bersalah pulak. Kahkah. Teruk gila perangai aku. Astaghfirullah.

First Scan

Lepas UPT kat rumah, kita memang tak terus pergi confirm ngn doktor pun since tau je la perasaan aku masa tu suami pun malas nak beriya. Huhu. Tapi rasa dah lama sikit, 12 minggu kot suami ajak gi scan. Dia terujaa nak jumpa anak dia. Balik kerja kot time tu, terus gi kat Klinik Rawatan Keluarga, nak scan baby. Lepas dah cite cite kat doktor, dia suruh kita baring sebab nak scan. Nervous gila. Lepas tu scan, nampak la baby kecikk gila dalam tummy, macam nak menangis tak caya. Huwaaa. Suami dah senyum lebar, senyum yang kita sendiri takleh describe. Hati kita pulak jadi berbunga sebab nampak dia macam gitu senyumnya. Dan masa first time scan tu la, kita jatuh cinta dengan anak sendiri. =') Rasa excited tu baru datang. Ya Allah, indeed He is the best planner. Start dari saat tu la kita terima dengan happy yang kita ni pregnant. Miracle sangat. Alhamdullillah lepas tu menyesal kenapa la tak bersyukur masa mula mula pregnant hari tu. Huhuhu.

Alahan

Alahan tak teruk sangat kot. Cuma perasan badan penat sangat, mood swing dll. Lepas tu mual. Selalu berlari masuk toilet tapi end up takde apa yang keluar pun. Sakit sangat la macam tu weh. Sakit dada. Dengan suami sekali lari masuk toilet, urut urut belakang. Aku pulak menangis la masa tu. Tiap kali muntah je nangis. Hahahhaha. Masuk minggu berapa entah start muntah keluar balik makanan. Lepas makan je keluar balik. Yang itu pun seksa jugak, memang flat out. Balik kerja je baring kalau boleh taknak bangun dah. Kadang weekend suami yang masak. Isteri baringg je sambil tutup hidung sebab takleh bau. Hahhaha. Selera makan memang out. Balik kampung semua tegur aku lepas kahwin makin kurus. Umi sampai nak keluar air mata tengok anak dia. Hahahha. Padahal i takde selera makan, suami beli makan apa pun taknak. Lagi satu alahan takleh bau suami. Hahha. Maaf la, awak gi duk jauh sikit. Masuk kereta je dia ada i nak muntah. Hahha terus kelam kabut dia. Dah cakap sorry awal awal, bukan kita yang buatt tapi suami paham. Kalau dia main bola ke main futsal ke padahal dah mandi, tak payah masuk bilik pun takpe. Seharian isteri terbaring sebab bau suami. Aduii. Awal awal tu tak bagitau jugak sebab nak jaga hati dia, tapi last last dia tau dan dia terima sajoo alahan ibu mengandung sorang ni. Umi dia kata, alahan kita sama ngn dia masa pregnant suami kita dulu. Dia takleh bau Abah. Mihmih. Tapi kannnn, ngam ngam pregnancy apps kita kata 'you are 16 weeks pregnant' zapppp terus hilang alahan. Terus tak muntah, terus nak kepit celah tiak suami je. Magic gila. Ingatkan sehari je okay, tapi Alhamdulillah sampai hari ni memang takde alahan apa dah =) Sebab alahan tu jugak la berat kita memang tak expect langsung. Hahhaha. Kalah berat zaman anak dara. Tapi lepas 16 minggu, selera makan datang balik berdesup berat naik sampai 2 kilo, dah la masa tu belum masuk 20 minggu. Kahkah. Terus kena ceramah masa check up. Then lepas tu kita monitor berat, sebulan aim 1 kg je. Huhu. Suami paksa makan sayur, bancuhkan kita susu. Layankann saje. Sedap jugak pregnant, rasa dihargai gila hahhaha.

Pregnant tapi takde baby bump

Ikutkan apps baby center yang kita download tu, this week kita dah masuk 24 minggu. Means 6 bulan kan. Hihi. Tapi still bump kita tak nampok sgtt. Officemates selalu la duk meraba tummy kita, tapi pelik belum menonjol. Sekarang dah 6 months ni ada naik sikit la, huhu. Tapi still ada yang tak perasan kata kita pregnant. Kalau tau pun terkejut bila cakap dah 6 bulan. Hahahha. Masalahnya ye, perut memang tak naik ketara sangat, tapi pinggang kita dah penuh isi lor. Lengan pun besar semua la. Dia tak naik kat perut, yet. Hahaha tapi dah berjaya penuhkan seluruh ruang jadikan kita nampak macam no 1. Straighttt saje. Aduii. Still lagi pakai baju kurung moden at 6 months kahkah. Suami runsing dari time 4 bulan lagi perut kita flat je. Dia kata  baby merajuk sebab awal hari tu kita taknak. Siap suruh tanya doktor kenapa perut kita tak besar. Semalam pun turun kete dia pandang perut kita pastu jeling tanya "eh perut mana perut?" Hahhaha. Dah baby takmau menonjol ke depan. Kalau baring boleh nampak menonjol. Jalan tak nampak sangat. Tengah tido kang ada la tangan tangan gatal duk raba anak dia. Hahahha. Sebab masa baring je naik elok perut haa. Yang baru tau kita pregnant semua duk ingat kita ni baru lekat. Hahahha. Maaf, baby saya pemalu macam maknya aww. Suami je la excited tgk perut kita, dia cakap comel je muncit. Hahahhaha. Macam dugong pun omel ekk. Pfffttt.

Baby first kick

Hari tu masa suami demam, kita macam ada rasa baby gerak kot. Tapi masa tu halus je. Dan tak hiraukan sangat sebab sibuk jaga dia demam. Kalau tarik tangan dia suruh rasa masa tu pun dia sangat la tak berapa larat nak layan kita. Maka kita pun tak pasti tapi rasanya baby first kick masa ayahnya demam hari tu. Pastu bila macam dah selalu gerak, kita amik tangan suami letak atas perut kita. Kang dia tergamam. Pastu gelak. Hahha. Sukaaa dia. Kadang kita sendiri pun terkejut sebab now baby dah gerak kerap sangat, tengah buat kerja pun berhenti kejap. Hahah. This feelings la kot yang kakak kita cakap best gilaaa masa pregnant. Lagi kalau lepas makan, memang aktif sangat, taktau la dia tendang ke apa. Suami pun suka pegang nak rasa, pastu letak telinga dia pastu bagi salam kat anak dia tanya buat apa. Alololo. Hari hari tanya hari ni baby gerak banyak kali tak. Macam mana rasa tu sebenarnya? Aduii. Takleh describe la sayang =) Too good to tell.

Gender

Hihi. Belum tau gender lagi. Plan nak gi scan tengok gender baby tapi belum pergi lagi. Tapi both of us expect baby ni girl. Ramai la cakap kita carry girl. Bahaha. Tak tau la. Kita tak kisah pun tapi nak girl jugak sebenarnya. Mihmihmih.

Oii penat dah menaip. Nah sebagai penutup ni gambar baby kita masa first scan Oktober hari tu. Daddy's birthday present. Hahhaha. Byeee =)

2 comments:

miCoS!! said...

nan...seronok baca post nie..bt ak xsbr2..congrate,jga diri baik2..hehe..

Hannan said...

Alololo. Thanks mi! Jodoh mu on the way tu, hahha =) Insha Allah