Sunday, 4 January 2015

Magnum Putrajaya

Bila tahu Magnum Cafe dah buka dekat IOI City Mall Putrajaya, memang dah set la nak heret suami gi sana. Hihi. Cakap mengidam je laju la suami setuju. Bahahaha. Tapi mungkin la kot, teringin hahahhaha. Elehh time tak wujud tu takde plak teringin, eh tapi kita memang suka pun aiskrim magnum hahah. Saje la nak try kan, nak gi Jakarta tu entah bila kan, dekat Mid Valley jauh pulak. Heheh.

Petang tadi memang prepare perut tak makan apa apa sebab nak sumbat aiskrim magnum, tapi dah bagi suami isi perut dulu. Hihi pastu kita end up perut masuk angin, padan muka sendiri. Masuk je IOI City Mall memang cari Magnum Cafe dulu, terus jumpa tapi lupa la level berapa. Tapi mak aiiihh kemain ramai orang. Suami kata tak ramai tu, orang jenguk jenguk je. Sekali sampai depan tu memang panjang gilaa beratur. Sobs. Bertabahlah beratur. Kalau nak dine in kena beratur dalam sikit. Suami tanya kalau kita nak makan benda lain dulu tapi iskkk bau coklat tu buat kita terpaku berdiri situ. Hahaha.

Lama jugak la beratur, dah sampai turn tu belek belek menu tatau nak amik yang mana. Hahah. Ai is jakun. Pastu yang serve kitorang tu baik je dia suggest itu ini, either nak amik yang dalam menu or boleh buat aiskrim sendiri dengan 3 toppings. Harga RM9.90. Mula mula nak amik Super Goji tu tapi bila dah depan topping tu kita pilih sendiri pulak hahaha. Suami pun sama, 'make your own magnum' gituuu. Aiskrim boleh pilih either choclate brownie or vanila, pastu pilih coating milk ke, dark or white choc ke. Mihmih. Tapi kat kita dia suggest la dia kata dark choc tu pahit, hihi kita memang takmo amik dark choc coating pun. Hehhee.

Dapat tu terus sengihh hahha. Bahagiaaa je rasa. Yumm yumm. Thanks suami, ikutkan bini mengarut itu ini. Heheh. Dah settle lagi satu cravings bahahaha. Suami kita tu, kalau cakap cravings je memang dia suka, senyum je pastu menggelabah nak fulfill my wish haha, tapi most of the time kita tak ngaku pun mengidam, kata nak rasa je, nak makan. Hihi!

Eh should try la, kalau suka aiskrim dan benda benda manis. Hihi. Kita memang sweet tooth pun, semalam cari red velvet.  Orang cakap kita pregnant girl hahha. Ok dahh, babaiiii :)

Ps : Yg ada almonds tu isteri punya, suami punya yang ada kuning2 tu, dried mango. Bahahha.

No comments: