Sunday, 11 January 2015

Entry Hujung Minggu

Hari Jumaat tu singgah pasar malam, tapi tak tau nak beli apa. Sudahnya nampak orang beli keledek, terus nak beli jugak. Sebab nak buat cek mek molek hihi. Mula mula tanya suami kalau dia pandai, dia kata dia pandai bentukkan je. Hahha. Kita pernah la buat tapi macam lupa lupa je, kalau dia tau boleh top up kan ilmu yang kurang kurang tu. Tapi takpela since dia pun dah janji nak tolong gentel tu pun kita okay sajoo.

So petang semalam lepas Asar, kita rebus ubi siap siap. Lepas dah empuk tu lenyek pastu masukkan gandum sampai la adunan tak melekat kat tangan. Macam tu je la eh cara buat dia kan? Heheh. Lepas tu panggil suami sebab turn dia pulak nak menggentel. Kita perhatiii je elok dia buat. Dia mintak kita buatkan satu tapi lahai dia punya gelak dekat hasil kita buat tu macam apa je. Yela admit la dia buat lagi cantik, lagi gemok bulat dan runcing. Isteri buat dah rupa bantal peluk. Hahhaa janji rasa dia sama. Kisah pulak i kann. Redha je la suami gelakkan kita. Eh tapi bukan nak puji suami sendiri *sape lagi nak puji* hari tu masa kat kampung tolong umi buat karipap, sekali suami join sama, dia buat sendiri je kelim karipap tu cantikkkk pulak tu. *jaws drop* aku tak pandai langsung. Bhahhahaha pakai acuan je boleh la kot. Tak sangka betul suami kita ni, menjahit pun dia buat lagi kemas dari i. Ohh maluuuu.

Lepas dah goreng cek mek tu, bia sekejap bagi sejuk sebab kita dah belasah masa panas tu terus pedih lidah sebab air gula dalam tu panas gila lagi. Tu la pelahap sangat. Adoii. Then sama sama makan sambil tunggu Maghrib pastu suami puji cakap sedap, nanti nak beli ubi lagi. One of his faveret jugak. Amboii. Asalkan dia nak tolong gentel lagi ok la. Hihihihi.

Ok habis cerita cek mek molek. Sepatutnya pagi ni suami nak heret kita teman dia main bola kat Shah Alam sana, sambil umpan kita nak ajak makan nasi dagang Terengganu kat sana jugak. Tapi being me kalau hujung minggu ni i malas betul keluar bersiap pagi pagi buta, kena mandi awal tapi teringat nasi dagang tu janji nak teman jugak la. Hahha siap mintak suami beli handbag baru lagi kalau kita join pagi ni. Motivation la katanyaa. Mihmih. Ehhh tapi silap sebab suami kita good negotiator, dia kata ok tapi kalau tak join kita pulak kena belikan something untuk dia in return. Kes ni, dia nak wallet baru. So pagi ni terjaga je, suami dah tak ade kat sebelah. Kahkah. Salah dia la kot ek? Sape suruh tinggal isteri bahahhaha. Padahal tadi suami dah kejut bersiap aku geleng laju laju "takmauuuuuuuu ikutttt pergilaaaa soranggggg" hahahahahhaa.

Dia memang selalu nak heret bini tengok dia main bola, tapi setakat ni tak pernah berjaya. Kahkah. Kesiaann. Eh dah tu kena belikan wallet baru ke nii? Mak aihh. Japgi dia balik nak gesel pujuk pujuk sikit kasi kansel je la itu deal. Bahahhaha.

Bye =)

No comments: