Thursday, 18 December 2014

The Day We Found Out

Hihi. Kita kan kahwin selepas raya, time bulan puasa tu gi teman dia bayar zakat. Lepas bayar tu dia cakap, 'next year nak bayar zakat untuk 3 orang tau' sambil sengih pandang kita. Ehh kemainn dia punya planning. Belum tahu planning kita ni lagi iskkk.

Hahha. Kita dah la kahwin time bendera, memang seminggu jugak la delay kahkah. Ramai dah cakap, kalau time kahwin ni bendera, nanti senang lekat. Seramm dengar  hahha. Kita pun slow talk dengan suami. Mohon pelan pelan kayuh dulu tak mahu rushing pasal family ni, which is against la suami punya plan. Bahaha. Kita ni memang period teratur every month, memang accurate la tracker kita download tu. Mula mula tu kira berhati hati la, tapi entah kenapa bila tengok period tracker kata tengah ovulation, kita gatal mulut pergi gedik dekat suami. 'Pssttt, malam ni kita subur hahhaha' suami pun cakap 'saya rasa nk cepat2 dapat baby la'. Tak tau la kita setuju ke apa. Hahahhahaha.

Lepas tu berdebar debar la tunggu period. Sebelum tu ada rasa sakit pinggang so macam lega la mesti period ni hahha. Tapi tender breast tu macam lebih sikit, tapi tetap sedapkan hati jugak huhu. Hari period, tak period. Huwaa. Gi JJ dengan suami, dia sibuk masuk Watson, belikan UPT. Kita follow je, tak happy, tak rasa apa apa. Rasa kosongg je. Hahhaha

Balik rumah tu dia memang terus kita buat test, tapi kita bagi banyakk alasan. Hahha. Sampai la esoknya, janji nak buat pagi tapi kita buat derk je. Suami pun tahu kita kurang berminat hahhaha. Teruknyee. Sebab dah beli upt tu, hati memang tak senang. Teringatt je, kira takleh buat kerja. Tengahari tu ajak suami balik rumah kejap, balik termenung pastu dia suruh kita test jugak even selalu orang buat pagi kann. Redha je la masuk tandas, peeing on the stick! Phew.

Tanpa tengok pun kat result tu, kita terbalikkan, letak atas sinki. Keluar toilet suami tanya result. Pastu bagitau je dia, gi la tengok sendiri, saya tak tengok pun. Siap pesan lagi, 'kalau satu line cakap tau, dua line diam' hahahhaha. Laju oi dia masuk toilet, lama dia dalam tu lepas tu keluar senyum senyum sambil pegang benda tu. Confuse kejap. 'Saya dah cakap dahh, betul la apa yang rasa rasa' suami cakap sambil sengeh. Ehh tak boleh pulak aku dia nak main teka teki ni. Lepas tu dia amik kotak, nk confirm result. Jeng3. Huuhu, lepas tu dia tanya '2 line pregnant ke yang?' Gulp. Tetiba plak jd nervous, sejuk tangan. Pastu dia peluk aku. Dah tahuuuu dahhh. 2 line. Teranggg. Suami kemain syukur. Aku termenunggg. Hahhahahahhaha.

Lepas tu dah cakap dengan dia, jangan bagitau sape sape dulu. Family pun. Time drive g kerja semula tu dia senyummm je sepanjang jalan. Amboii, happy sangat. Nampak senang hati, dah balik kerja pun tengok kita dia senyum je. Pastu request 'nak bagitau Umi terus boleh tak? Tak sabar la. Haha' Alahaii dia nak bagitau Umi dia dah. Hahha.

Ok la stop dulu dah panjang sangat, nanti sambung ekk, byee ! :)

2 comments:

nurul iman said...

congrats ! :)

Hannan said...

Hihi! Terima kasihh =)