Saturday, 27 December 2014

Mertua datang melawat

So awal pagi tadi family in laws gerak balik Terengganu. Oh ya, dorang konvoi sekali hari tu,a day before christmas. Saje jalan bercuti pastu hantar adik ipar balik Melaka sekali. Mihmih. Sempat la bermalam kat rumah kitorang 3 hari. Ehh nasib baik tau dorang gerak awal tadi since lepas tu jalan kat temerloh tu dah naik air jugak. Sobs. Semoga banjir cepat surut, amin :'(

Malam kitorang sampai rumah tu memang masing masing penat la, terus bagi dorang tido je dulu esoknya lepas breakfast baru plan nak gi jalan. Dalam kereta lagi suami dah minta suggestion nak bawak family gi mana, tapi iols mana tahu. Bahahahha. Memula nak ajak adik ipar yang bongsu tu gi IOI mall je, nak main ice skating tapi dia taknak hahha. Sorang nak beli kasut sorang nak beli beg, suami ajak gi sungai wang, bapa mertua ajak gi low yat, mak mertua plak nak shopping sogo. Haihh pening tau kang suruh masing2 naik lrt kang nangis hahaha.

Last last Abah kata nak gi tengok kedai jual barang2 rumah tuu. Okay, IKEA yang dia maksudkan. Umi plak apa lagi terus plan nak beli itu ini hahha. Lepas tu gerak gi IKEA. Mak aihhh lautan manusia. Abah sampai dah give up cari parking pastu mintak suami drive kete dia cari parking hahha. Krismas kot, ramai gila orangg. Terus tak jadi mengidam meatball daging kuda IKEA. bahaha.

Mula mula jalan lenggang je, pastu dah start kutip itu ini. Adik suami yang nak gi Melaka tu la jadi  mangsa tukang pegang barang. Haha. Lepas dah rasa tak muat tangan, amik plastik kuning tu then rasa dah berat bahu pikul beg tu, suami gi cari trolley. Lahhaii kalau awal amik tadi kan takpe. Hahha. Tak tau la pebenda dorang kutip yang penting kita kutip satu dua barang je dengan suami. Hihi. Lilin la apa la, kita pulak jalan belakang dengan bapak mertua, dia boleh angkut jam yang harga rm2.50 tu sampai 4-5 buah. Hahha tapi kena reject pulak ngan umi. Kahkah. Lawak je in laws aku ni. Padan la barang banyak, rupanya umi kutip each items tu 2 set. Satu nak bawak balik, satu beli untuk letak rumah kitorang. Hahah. Tupperware la apa la. Padanla banyakk. Saveeee kitorang laki bini mihmih. Kenapala tak beli sofa ke apa ke kahkah. Siap umi pesan, nanti kalau nak pergi lagi tunggu dia datang, hahaha peluang baik ni takyah kitorang beli perkakas rumah dah. Hahah. Dasar anak menantu tak malu hahahhaha.

Lepas dah letih shopping kat IKEA tu, suami ajak makan kat Wong Solo. Aihhh iols memang faveret la kann, sukaa. Keluarga mertua pun nampak selera je makan kat situ. Alhamdulillah :)) Esoknya Jumaat kitorang gi kerja while family gi Melaka hantar adik kat UTEM. Malam tu pulak suami dah janji nak bawak makan kat Murni. So kitorang gi Murni Bukit Jalil untuk makan. Haha semua terkejut tengok makanan banyak gilaa pastu tak habis makan. Kata umi nanti datang lagi kena order 1 makanan utk 2 orang makan. Haha. Tapi dia kata Wong Solo lagi best. Takpe, nanti kita gi lagi sana lagi yee. Kikiki.

Haaa itula citenya bila mertua datang rumah. Mihmih. Nasib kita tak kena masak, suami bijak je buat plan. Hihi. Bukan apa, mak mertua pandai masak sebagai menantu yang lagi terror masak ni tak mau la caras kannn. Padahallll.....segan la tu masak tak hebat. Hahahahah. Kang nanti Umi kompelin kita masak tak dapp malu la kitaa. Hihi.

Till next entry, bye ! :)

No comments: