Tuesday, 23 December 2014

Kampung

Hari ni dah masuk hari ketiga balik kampung. Kemainnn cuti lama. Mihmih. Seronok lahai duk kampung, sejuk, nyaman, angin kuat. Kata musim bah. Banjir di mana mana. Huhu. Sekarang kat rumah mertua, japg ni nak balik Bukit Perpat pulak.

Kena la gilir gilir, duk rumah family suami lama sikit sebab suami dah lama tak balik. Dia dah bagi chance kita balik sorang hari tu, skrg ikut dia je la. Ni pun buat muka sedih nak balik rumah sendiri. Hahahha. Bila balik kampung, bab makan tu syurgaaaa la. Hahha. Lagi pulak tengah macam ni, sebut je. Hahah. Womb service uols. Dah merasa pulut kuning, cuma esok nak request lagi makanan lain kat umi. Mihmih. Suami pesan, nak makan apa cakap je, bila kita cakap kang menggelabah la dia. Lagi kalau saje buat hal tengah malam. 'Yang, nk timun cina, watermelon' kahkah. Terus bangun. Ohh syurgaaaa.

Tapi esok ni dah nak balik kl. Mertua pun join sekali sebab dorang nak jalan sana pulak. Aiskk, kita macam tak mau balik lagi je. Huwaaaa. Abah ngn umi pulak time musim banjir ni sibuk la dorang angkut cucu gi tengok air naik. Hahha. Pastu post kat group whatsapp, teringat zaman kecik dulu abah selalu bawak kita, gi tengok air. Mihmih.

Oihhh suami dah bising tu nak balik rumah tapi terlentangg lagi  hahahha. Gtg! Bye !

No comments: