Friday, 12 December 2014

Demam

Masuk hari ni, dah 4 hari suami demam. Sekejap elok sekejap panas. Lepas makan ubat je elok la badan dia, lewat sikit je ubat, terus menggigil satu badan. Tapi panas gila.

Hari ketiga dah nampak dia sihat sikit, kita pulak buat derk je kat dia. Memang betul buat tak tau la. Dia siap keluar pagi balik petang lagi. Ingat dah okay la. Sekali masa solat maghrib tu dah dengar dia macam orang sakit, gi cek tengok dah selimut penuh. Letak tangan atas dahi, Allah, panas gila. Terus amik ais nak lap badan dia. Tapi rasa macam tak jadi je. Ajak gi klinik, mula2 dia degil tapi dah tengok kita bersiap tu baru la dia bangun. Iskk. Kali kedua gi klinik ni, still ubat yang sama, tawakkal je la dulu. Dah belikan dia air cap badak tu dengan 100 plus, dalam hati harap demam dia kebah. Risau kot.

Dua malam dia tak bagi tidur dekat, takut jangkit. Tapi semalam kita nekad, nak teman jugak. Kejap2 tangan kita rasa kepala dia, badan dia. Tapi panassss jugak. Sambil lap kepala dia, sambil nangis. T__T Sekali dia perasan kita ni dah tengah teresak esak. Adoii. Pastu bincang ngn dia nak g hospital. Takut jugak kan, sebab demam dah 3 hari. Nauzubillah. Macam macam fikir dh.

Sebab takut warded, kita tak ikut. Tengah malam dah, dia kata dia boleh gi sendiri. Wuuu. Redha je la suami keluar rumah kita nangis lagi. Huwaaa. Dia kata tidur dulu, dia gi buat blood test. Last last kita tertidur. Pukul 2pg lebih2 sket, dia balik. Syukurrnya tak payah warded. Sebenarnya dia yang tak nak, alhamdulillah jugak sebab takde sakit yang teruk eg denggi ke apa. Pheww. Dia kata dia okay, dia suruh kita tidur. Huhu. Bangun pagi je terussss gi cari dia, pegang dia. Rasa lega sikit hati, walau still panas tapi dah kurang la.

Hmm. Cepat sembuh suami. Kita takde kawan kat rumah tu nak sembang2 anje2 bila awak tak sihat. Balik kerja tadi gi beli ketam, buat sup. Walaupun bukan denggi, kita nk try jugak. Makan nasi 3 suap je dh berenti. Adoii siannya. Sedih bila dia sakitt. Huwaaaa.

Ke demam sebab nak jadi daddy ni? Hahaha.

Love you suami!

No comments: