Sunday, 30 November 2014

Tak reti makan kat kedai dah

Semalam kot, balik kerja je suami tanya kita nak makan apa, nak masak apa, nak beli barang apa apa tak? (Untuk masak)

Isteri garu garu kepala jap sambil cakap slow slow. "Alaa, baru ingat nak makan kat kedai je, tapau ke. Kat rumah dah takde barang masak pun hihi" Kemain berhati hati cakap tu. Lepas tu suami terdiam kejap then dia tanya "Kalau kat kedai nak makan apa? Saya sekarang dah tak reti la nak makan kat kedai, tak tau nak order apa, hmm".

GULP. Hahhaha. Eh boleh pulak dia sekarang dah eksyen tak mau makan kat kedai, mesti sebab iols masak sedap kot kahkah. Kembang semangkuk. Hahha. Kalai gi kedai punya la tebal buku menu tu dia boleh kata tak reti? Haha pelik sangat laki kita ni dah. Mesti dah lupa sebelum ni kedai itu aje la yang dia gi masa bujang. Iskk. Dia kata makan kat rumah lagi best, banyak pilihan. Gulp lagi sekali. Ni dah terbalik ke apa ni? Haha. Tapi sekarang dah kahwin ni memang selalu dia request nak makan kat rumah pun. Lebih rela keluar beli barang mentah, suruh isteri yang comel ni masak. Kadang balik kerja pun i masak la sebab suami request. Hahha. Gigih uols.

Lepas makan je terus rasa bersalah pastu kata esok nak diet pastu salahkan isteri sebab dia dah makin comel. Alahaii. Takyah la suruh kita masak lain kali. Hihik. Hari tu kat rumah ada ikan selar kuning je. Pening jugak la kita fikir nak masak apa. Dia mintak ikan sambal, tapi kita rasa dah biasa sangat. Pastu goreng je ikan tu buatkan sos 3 rasa. Phew, berpeluh ok, first time! Dia je la makan tu sbb kita tak suka sangat, masak singgang ngn goreng biasa je untuk diri sendiri. Hahha. Dah makan tu kan dia boleh cakap ni "sedap, awak mesti google kan resepi?" Kahkah. Cemanee leh kantoi tp memang pun, kita mana reti 3 rasa bagai ni. =p

Hari ni dia beli lala. Hoi penderaan apa macam ni. Kita dah la tak makan lala, nak masak lagi la tak pernah. Dia kata masak macam ikan tu. Hahhaha. Awww terharu isteri. Masak je la, sebab kalau ikut tekak isteri banyak benar yang kita tak suka makan. Alhamdulillah, masakan malam ni pun suami suka. Hihik. Lala masak pedas pun google jugak. Mihmih.

Bye, nak study resepi lagi. Bahaha

No comments: