Sunday, 2 November 2014

Macam macam

Mihmih. Malam tadi kan ada bola, sorang tu beriya la nak stay rumah, tengok bola ngn isteri. Bergelimpangan la laki bini ngadap tv. Kahkah. Kita ni bukanla dasar minat bola sangat, sambil tgk sambil facebook, sekali gol update kat whatsapp. Bagi kengkawan yang takde tv tu info sket. Bahahah. Sempat tengok sampai dua dua dapat gol.

Rasa dah boringg sangat, pesan kat suami, kata nak tidur kejap. Kang dah habis bola kejutkan la, belum Isyak lagi. Maka suami pun cakap ok, kita pun membuta la. Tidur lena sungguh, terjaga tu tengok bola dah part penalti, toleh tepi ehhh dia pun tidur? Kahkah. Kita pulak kejutkan dia, "dah penalti ni, sekarang berapa score?" Kita tanya. Dia jawab, tak tahu. Hahha. Sah la kita tidur dia pun join sama. Pastu sambung tidur, tengok dia dah terpisat pisat sambung nengok bola.

Sekali lagi terjaga dah pukul 2, tv pun dah bertukar siaran. Bahaha. Dia nyenyak la, kita pun tanya sape menang, pun tak tauu. Abis tadi penalti tu pun tak sempat tengok ke? Alahaii. Dah la bila kita kejutkan tu dia cakap apa entah, yang pasti ada keluar perkataan oppo. Wahhaha. Gelak kejap. Suka betul dia cakap merapu time tidur. Hahahhah. Heret masuk bilik, bersihkan badan, sambung tidur.

Hehe. Pagi pagi tadi kita dah keluar sorang diri settlekan mana yang patut. Suami tinggal kejap, balik rumah kang dia beria nak masak. Lahaii. Sweet sangat, memahami sungguh. Iols baring saja, tunggu makanan masak. Sesekali kena jugak bangun sebab suami mintak tolong rasa, kang kalau buat derk je dia merajuk pulak. Hihi. Orang tolong masak pun dah kira baik, layankann. Hehe. Sedap jugak suami kita masak. Hihihi. Kenyang, sampai hari ni Ahad kerja tidur je. Iskk. Dah malam baru terhegeh nak keluar.

Hehe sekarang ni tengah tunggu dobi sebenarnya, ni la rutin tiap minggu. Mendobi baju. Maklum la rumah kita belum ada mesin basuh wahaha. Jimat macam ni kot, rm10 seminggu duit dobi. Kita rasa la, ke tak jimat? Hehe.

Ok la baju dah nak siap tu, nanti karang lagi sekarang macam banyak je cerita nak share. Kehkeh. Bye!

No comments: