Friday, 14 November 2014

Apa apa lah

Malam ni suami keluar, futsal katanya. Biarlah, pergi la bukan selalu pun. Kang Ahad ni bola padang pulak. Kita awal awal lagi dah cakap tak mau ikut, pening bau bau peluh. Hahha. Sebab duk sorang kat rumah ni, boleh la hadap blog jap. Kalau suami ada, kena hadap diaaaaa je. Hahahha kang kata kita ni sibukkk dengan phone je manjang, update pakai phone sebab malas bukak laptop. Kihkih.

Sebenarnya beras kat rumah dah habis, last week lagi pesan kat suami suruh beli, tapi dia rela gi tapau nasi kat luar pastu beli ayam golek makan lunch. Hehe. Memang masak time weekend je, selalu malam jarang sangat dia request nasi. Roti ngn nutella pun dah okay =) Simple sangat, senang.

Tapi malam ni tadi whatsapp dengan family, Ganu kan hujan sekarang, kemain lagi umi kata dia makan nasi ulam petai, budu pastu ikan panggang. Eh eh tu lauk faveret, kecuali petai la. Haha. Kebetulan suami dah keluar, tak payah risau la nak masak simple gila macam tu. Godek godek tengok beras rupanya boleh lagi sikit. Bahahha. Keluarkan ikan pastu goreng telur. Goreng ikan pastu sediakan budu. Siap perahkan asam limau. Slurpp. Terus rasa makan kat kampung tapi makan sorang la sobs. Hantar gambar kat suami serba salah pulak dia tengok isteri makan macam tu. Adoii itu kegemaran kita sejak kecik kot. Sebenarnya nasi tadi tak cukup okayyy, tapi apakan daya. Hahaha

Kalau dengan family mesti dah rebut nak cicah budu tu. Hahha. Seronok. :') Tapi suami kurang sikit makan budu, dia lagi suka kalau nasi panas dengan ikan masin je. Hahha. Sekarang nak makan pedas pun suami jelinggg je. Iskk. Sebab dia bukan pemedas orangnyaa. Boleh gitu? Mihmih

Tengok movie kat tv3 tapi mata macam dah berat. Janji dengan suami nak tunggu dia balik, sebab sekarang mesti nak kena minum susu suami bancuhkan dulu sebelum tido. Anje tak. Ehek ehek. Bahahaha *tampar*

Sebab mata dah ngantukk sangat, rasanya nak gi lala land dah. Tak sempat nak tulis banyak sikit. Esok esok la pulak. Iskk mata taknak kompromi langsung dah. Padahal esok weekend kot, dah la minggu ni free. Selalu ade je benda nak dibuat. Aiyoo. Update lg nanti mihmih.

Goodnight :)

No comments: