Wednesday, 29 October 2014

Sayur vs Caffeine

Hai.

Kita memang tak suka makan sayur. Sayur campur tu lagi la, kalau nasi goreng memang laju la jari tolak tepi sayur tu, lebih lebih lagi kacang hijau. Hahaha. Sayur segar pun hmm selected je la yang makan. Mihmih.

Antaranya, tauge ngn kobis. Itu suka, dua dua pun putih, orang kata sayur hijau lagi banyak zat eh? Kalau ulam dalam nasi kerabu tu kite telan je hahhaha. Eh teringat nasi kerabu kerinchi, kena ajak suami cari la Jumaat ni. Ohh. Baru je in love makan kailan, sedap rupanya. Hahhaha. Kailan ikan masin je la hehe. Sayur lemak kalau umi masak pun aku ambil kuah je. Ingatkan dah tua tua ni perangai berubah la, kot jadi pencinta sayur. Bahahaha. Rupanya TAK. T___T

Berbeza gila dengan suami, suka sayur. Bendi, tomato, kacang buncis tu ratah sajo. Err. Makan nasi lagi selera kalau ada  ulam, kalau beli barang dapur, mesti dia selit la sayur sayur ulam dia. Hahah. Apa ke sedap la entah.

Hari tu nak makan, tapi kat dapur takde barang pulak. Nak buat maggi tapi dia kata tak payah, amik je sayur yang ada tu ratah? Aku? Ratah sayur? Haha terus masuk tidur. Memang selalu pun kena paksa suruh makan sayur, biar badan sihat. Ehh kita sihat apaa. Hemm. Kalau awak jadikan sayur tu bentuk kek pun belum tentu saya makan tau. Hahhaha.

Pagi ni nak pergi kerja, cilok la satu Nescafe. Konon nak bancuh kat office, dia pandang.

"Jangan la degil, tak payah minum caffeine, buat air lain"

Kita cuma nak bancuh hilangkan ngantuk saje. Terus muncung ambik teh uncang pastu gula. Sobs. Apa pun tak boleh! Iskk.

Makan banyak sayur, jgn amik caffeine. Erghhh. *while sipping my nescafe ipoh white coffee bahahhaa*

Bye!

Hari ni birthday Aboh, walau jeles takleh makan pulut kuning ngn kari ayam ngan kek yang dorg celebrate tu, suami bwk makan choc indulgence. Yumsy!

No comments: