Thursday, 2 October 2014

Perlis

Bulan ni bulan Oktober, bulan birthday oranggg tuuuu. Psst, tapi kita still takde plan nak buat hape. Gahaha.

Sabtu lepas kitorang gi Perlis. Kalau saje suka suka memang idok la laki i nak melayan. Hahha. Awal bulan 9 lagi, mak mertua dah ajak gi konvo adik dia kat Unimap sana. Thats why la kitorang gi. Hujung bulan pulak tu hoii, seronok nau shopping. -______-' Kihkih

Pagi Sabtu, suami pergi servis kereta dulu. Dalam pukul 2 petang jugak la kot kitorang gerak dari rumah. Jauh gilaaaa. Hahhaa. Sebelum pernah pergi sana, tapi tak la rasa penat sebab naik bas, tdo je. Tau tau celik mata dah sampai. Bahagia sangat. Sampai sana dalam pukul 830 malam kot, tu pun lepas jemput adik dia skali. Redah bendang ikutkan waze, eee scary. Siap kereta berat je hahha macam something wrong kat tayar. Tapi suami ngan kita buat derk je la. Sampai tempat ramai orang baru cek, okay je semua. Taktau la pebende hahah.

Pastu cek in betul betul dekat dengan Jeti Kuala Perlis tu. Plannya nak harung gi Langkawi sekali, tapi tak dan masa. Lain kali sajooo. Oh, nama hotel tu Sea View kot. Kalau nak gi jeti tu jalan kaki je la, dua langkah dah sampai. *melampau melampau* Lepas dah borak dengan family mertua tu, dorang ajak makan pulak. Mohh la kitee.

Gi makan kat kedai apa entah, dorang order siakap 3 rasa *bukan makanan aku of course* pastu tomyam, telur dadar, kailan etc etc. Eheh. Tapi malam tu makan sikit je, suami pun pelikk. Sebab dah kenyang kot plus tak kena tekak la. Huhu walaupun dorang kata sedap. Iskk.

Lepas tu balik terus la terbongkang tak sempat beraktiviti pun hahhaha. Maksud i minum teh ke tengok tv ke. Iskk. Sepanjang tidur dengar suami kat sebelah start enjin kereta kebal, hahha letih sangat kot selalu dia tidur senyap je. Alolo. Siann angatt.

Esoknye bangun gi breakfast dulu, pukul 12 macam tu bersiap nak g konvo sebab sesi petang. Hoii bosan pulak makcik tunggu majlis tu habis pukul 6 siap tdo kat meja makan gerai kat situ. Bahahah. Overr. Lepas habis tu bergambar kejap terusss shoot balik KL. 6.30 petangg okayy. Iols mulanya nak la ajak dia tido satu malam lagi sebab macam rushing sangat, katanya tak boleh, komitmen kerjaa. Hmm. Padang besar pun saya tak sempat pergiii huwaaaaaa.

On the way balik tu dah cakap awal dengan suami, nak singgah beli Jeruk Pak Ali sebab nampal kedai tu masa otw pergi sana. Sekali terlepas. Huru hara jap suami nak pusing balik tapi kita cakap tak payah la, bukan la mengidam ke apa saje je. Kalau nak dekat PKNS Bangi pun ada. Kita dah google okay. Hahha. Sampai rumah je dah pukul 1 kot. Masuk bilik terus senyap dua dua. Besoknya pergi kerja kemain liat. Balik kerja je pukul 9 suami kita dah selamat nyenyak dah. Hahahha. Memang trip tu rushing plus penat sangat la. Huahua.

Suami belum pernah pergi Langkawi, next time kita gi ekk. Saya dah pergi dua kali. Wiwiwiwi.

Ok sekian update blog sementara tunggu suami jumpa big boss. Ergh. Babai.

No comments: