Thursday, 18 September 2014

Supermokh

Hai hai.

Tercapai jugak hasrat balik kampung minggu lepas. Suami kita tu ngada angat takmau bagi balik sendiri, nak jugak ikut iskk. Selasa baru balik KL.

Hari Rabu kerja, malam tu lepas kerja terus laju laju gi Istana Budaya. Nak nengok Supermokh katanyaa. Tiket colleague bagi sebab one of the sponsors teater muzikal tu dia punya clients. Gittew. Dah orang bagi tu kita belasah la pergi walaupun aku grumpy sikit malam tu, takde mood sebab malas nak pergi hihi.
Memang kali pertama la pergi IB, suami pun sama. Supermokh tu kisah lagenda bola sepak kita, Mokhtar Dahari. Teater muzikal ni arahan Hans Isaac dan Harith Iskander. Sempat gambar seketul ngan Hans Isaac before masuk theatre hall tu mihmihmih. Aku ni bukan la reti sangat pasal bola, hahaha. Layankan aje, tapi seronok la. Ada Awie, Maya Karin, Dina Nazir, Rashidi Ishak. Jangan risau dorang tak main bola pun atas stage tu. Semuaaa pun berlagu lagu. Kata teater muzikal. Khennnn.

Comel je tengok Awie dengan Maya Karin. Eksaited kejap bahaha. Tapi suami kata part Maya Karin je dia ngantuk sebab lagu yang dia nyanyi semua mendayu dayu je. Maya Karin play as isteri Mokhtar, Zarina. Opss Awie la Mokhtar tu. Kecik je Awie ehh, i ingat besar. Hahahha

Kesimpulan la, teater ni best. Ada part kelakar dia, sedih dia. Yang pasti lagu best, muzik superb. Part LED dance masa dekat nak last tu memang ternganga kejap. Ramai gilaa dia punya talent hoi, penuh pentas. Props pun menjadi, macam mane dorang buat tahh. Memang enjoy la hihi. Aku tengok malam, starts 830 malam end dekat 1130 kot, tp dorang ada break dulu 15 minutes masa tengah tengah tu. Teater muzikal ni dipentaskan sampai 21 September, jam 3 petang dan 830 malam. Eh terpromote. Hahhaa. Sebab iols gumbira maka jom la gembira sama sama. Kehkeh. Full house hall malam tu. Salute ngan all crews. Gittuu.

Lepas ni nak heret lagi la dia tengok teater, seronok pulak. Hahaha. Habis je tengok Supermokh, terus balik cari makanan. Lapoo.

Nah belanja gambo dengan pengarah teater satu! Bahahaha. Byeee!

No comments: