Monday, 8 September 2014

Broga

Haii :))


Ceritanya hari tu dia tanya aku, weekend nak buat apa. Broga! Amboi kemain laju mulut jawab ye. Pastu menyesal sebab yang beriya nya dia je. Ai is malas. Sebelum kahwin lagi plan nak gi Broga ngan dia, sampai masa dia call aku pagi pagi buta pastu kata tak nak pergi, ngantukk dan kroh kroh. Aku letteww. Hahah. Bila dia dah plan ni, pagi pagi sebelum pukul 6 dia tonyoh kaki aku. "Bangun la jom jom". Macam macam la alasan aku bagi, tapi jangan harap. Terpaksaaa bangun -_____- 

Gerak dari rumah pukul 615 kot, haha sampai tu dalam 645 ke lupa la. Ramai orang dik non oiii. Konon nak tengok sunrise kan, tak streching apa lajuu je melangkah. Bila dah sampai part mendaki, terhegeh hegeh la aku ni. Sambil merungut dalam hati. Letihnyaaa adoii. Jalan dua langkah berhenti. Kahkah. Time aku sampai tu dah ada orang turun pun. Tak tau la pukul brape datang. Takpun jalan 100 meter je kot kahkah pastu pusing balik jalan sambil eksyen. Kemainnn. 

Memang banyak checkpoint la aku stop, pastu orang lat belakang dah makin ramai pulak. Err. Tiap kali berhenti je dia gelakkan aku. Sebenarnya aku dah patah semangat la nak naik atas. Dia duk bagi janji palsu kat aku "dah nak sampai ni, sikit je lagii come on" Mengah mengah, sampai jugak atas. Wuhuuu. Tapi aku naik bukit first je. Tak kuasa nak gi bukit second third tu. Dia pancing lagi ajak gi sana, iols okay je kalau awok dukung. Bahaha. 



Ramai orang dah siap landing kat atas tu. Macam kenduri je, tinggal takde makanan je. Dari atas tu seram pulak aku tengok bawah. Curamm je laluan nak turun pun macam licin gitu. Iols turun ngn bontot. Hahhaha. Tipu. Kat atas tu angin sepoi sepoi je sampai malas nak turun. Isk. Rasa dah puas amik angin tu baru la turun. Turun x letih sangat tapi ken
a careful la. Huhu. Aku berkaki ayam je sebab kaki dah sakit cucuk cucuk kasut ke depan. Oloh oloh. Suami pegang kasut, iols berlari riang sambil suami jerit jerit pesan jangan lari. Bahahaha. 

Dah nak masuk balik hutan sawit tu ada stall jual air, makanan. Sempat singgah minum air nyor pastu sambung jalan sampai ke kereta. Yayy. Aku salute la parents yang dukung anak, bawak anak kecik jalan. Kalau aku jadi budak tu dah lama nangis sebab letih. Hahahha. Ok la, tapi kalau tanya iols nak gi lagi ke tak rasanya malas kot  haha. Sekarang sakit dalam paha woii. Sakit angat, teringat zaman sekolah kena paksa merentas desa. Erghhh. 


Balik rumah, membutooo hahhaa.

Sebab terhegeh hegeh selfie kan, malam tu keluar gi Bangi Getaway, dia belikan iols ni..


Kita takdela minat sangat haha. Macam bazir je beli. Tapi kena basuh kata aku ni tak excited langsung orang bagi apa apa. Alololo. Majuk la tuu. Tenchiuu awakk. Muah ciked. Next kita nak gi mana? Hihokk.

No comments: