Tuesday, 9 September 2014

24 Tahun

Hari ni umur kita genap 24 tahun. Mihmih still muda remaja kecuali macam dah makin gemokkk je skrg pftt. Alhamdulillah.

Ahad lepas suami bagitau, Isnin malam dia ada futsal. Pergi la macam la iols pernah halang kan. Isteri duduk la rumah, tunggu dia balik katanya habis pukul 10. Lepas tu dia whatsapp tanya nak makan ke idokk. Dapat la burger sebiji hihi. Lepas makan baring je, masa tu tak tau la suami pergi mana. Yang pasti tak ada kat bilik. Mata pun dah layu, bangun nak kemas katil sebab dah ngantuk giloo. 

Tetiba dia ni masuk bilik ;
"Sayang, cepat siap, kite keluar kejap"
Ehh tapi saya dah ngantuk ni. Didesaknya aku, cepat cepat pakai baju. Bedak sikit lepas dah siap aku gtau la takmau sebarang jenis prank tau. Tak suka. Tapi dia senyum je, lepas dah bersiap tu dia suruh aku duduk, mengadap tv pastu dia play video. Dia pesan suruh tengok, dia keluar bilik. Eh kite bersiap cantiikk takkan tengok tv je. Derrr?

Layankan je la, tengok video.

Ececece. Video tu ada kata kata, mula mula aku cool lagi. Lepas tu sebak pulak pastu banjir hahahhaa. Alololo. Hujung video tu dia tulis 'stop nangis, bukak pintu saya ada kat luar'. Laju laju lap air mata, bukak pintu bilik tengok dia senyum dengan hadiah, bunga dan coklat! "Happy birthday sayang" pastu nangis lagi. Erghh.



Tak sangka dia yang macam takde perasaan ni boleh jadi sweet over gini. Hahaha. Pengsan kejap. Dan rupanya, reaksi aku tengok video tu dirakam! Adoii tak sedar langsung mana dia letak camera. Licik sungguh. Malu bila tgk recording tu balik. Nasib la aku tak mengata dia ke apa. Mihmih.

Dah la sebelum dia balik futsal tu aku dah nangis dapat birthday sms wish dari Aboh. Ololo. Dia sambung lagi. Gi main futsal tu adalah rekaan semata mata. Dia gi ambik coklat kat Ijok sana. Kemainn jauh tempah. Hahha. Padan la balik futsal terus konfiden je baring. Tak terfikir pulokk. Apa apa la, ai is terhawuuu. Pastu dia cakap siap siap dia plan dah lama, bila lunch je balik rumah setkan video, tengok okay tak play kat tv. Hadiah tu beli seminggu dah. Taktau la mana sorok. Aiyoo. Pastu cakap kalau next year takde surprise jangan marah tau, pening fikir macam mana nak celebrate. Kahkah. Redhoo -____-

Birthday dia bulan 10 mati la iols nak plan.

I love you dear, thank youu *kiss*

My first birthday as wife, Happy Birthday to me teheee. 

No comments: