Sunday, 17 August 2014

Trip to Pulau Perhentian

Hi :)



Kitorang memang takde plan nak honeymoon bagai pun lepas kahwin. Huhu! Masa tu rasa macam berharga sangat dah la kerja jauh dari family kan so bajet nak spend masa dengan family je. Bila aku tanya dia pun, katanya tak sempat la nak honeymoon lagi. I is okay.

Tapi hari tu masa lunch, tetiba dia bagitau Umi (mertua) dia nak bawak aku jalan. Tersenyum aku. Padahal baru je time bangun tido tadi aku google hotel sebab nak book buat surprise tapi rupanya dia punya plan lagi surprise kot. Hoho. Tapi pergi dekat je la sebab belum sempat spend masa elok lagi dengan family. Aishh. Bila fikir fikir rasa macam taknak pergi tau sebab nak duk rumah ngan family. Huwaaa. Sedihnya kena rotate rumah. Kalau we ols dua duk Ganu senang la tapi sebab duk KL kan hmm. 

Dah dah balik cte asal. Jenuh la survey hotel chalet resort bagai. Rupanya dia tak tempah lagi. Ni memang plan sudden je hoi. Mula la pening kejap nak Redang kejap Perhentian. Perhentian kecil ke besar? Research lagi which one is better. Dia nak gi pulau besar aku nak gi pulau kecik. Hahahha. Matikla. Dah la peak season kat pulau. Last last decide nak redah je besoknye pergi Jetty Kuala Besut. 

Esok tu pagi pagi dah bangun, terus shoot gi Kuala Besut. Bertolak dah pukul 7 ke belum tah lupaaa tapi sampai sana pukul 8 lebih. Terkial kial mana nak tuju tiba tiba ada orang naik motor sebelah kereta dia duk tanya:

"Nak gi pula ko ni? Booking dokg? Ikut kito be"

Haha paham ke idokk. Senang gitu je dorang cari customer. Hahah. Terus pergi dekat agen untuk book chalet, tiket boat dan mana mana pakej yang nak. Kitorang pilih gi Perhentian Kecil tambah pakej snorkeling. Itu sajo. Yang lain freee and easy. Gitu. 

Sebelum naik boat, gi beli breakfast dulu kat jeti sebab tau je la makanan kat pulau mahal ye. Harga double. Tapi takkan aku nak bungkus breakfast untuk 3 hari kot? Kahkah. Pastu beli air mineral. Sana air mineral botol besar katanya RM6. Hahah.
Sampai jeti, kena bayar RM5 untuk Taman Laut. Lepas tu naik bot. Wohoo! Aku enjoy naik bot tau, takde pening mabuk laut bagai alhamdulillah. Suka ada la, macam naik kuda, sakit bontot mak asyik terhentak je hahaha. Melambung lambung dalam speed boat. Almost 30 minit jugak, sampai kat Perhentian Kecil pastu kena naik bot kecik. Transfer tengah laut. Dia akan tanya kita duk mana pastu bawak kita dekat tempat tu terus. Tapi takdela sampai receptionist. Ko gila bot gi receptionist? Hahaha.



Kitorang stay kat Rock Garden. Dari jauh aku snap gambar. Tapi check in pukul 11.30 paling awal katanya. Kitorang sampai baru 9 lebih. Breakfast jap pastu melawat kawasan. Cantik weh Pulau tu. Bersih, biru air. Snap pics, gi beli sunblock haha baru nak beli. Suami pulak kemain lagi belanja mata tu tengok mat saleh bersidai. Iskk. Memang ramai gila tourist. Dah terbalik macam tu tempat dorang aku ni yang tourist hahahha.









Lambat jugak la check in sebab dorang bersihkan bilik. Pukul 1 jugak kot. Penat dah tinjau kawasan. Masuk bilik apa lagi. Kehkeh. Baring la, rehattt. -____- Kitorang plan nak rehat dulu, petang kang mandi laut. Huhu! Pastu dia kata dia keluar cari makanan jap. So aku ambik kesempatan kemas barang sikit lepas dia balik kitorang pun lunch sama sama. Lepas tu sapu sunblock. Sebab nak keluar mandi laut. Huhu.

Rock Garden Resort



Seview hoii

Balik je dari mandi laut, dua dua flat. Dia lagi la terus tertidur kot padahal plan nak jalan tgk beach party la apa la malam tu. Tapi harommm takdenye. Hahha. Last last aku pun terlelap. Tau tau dah pagi. Yang malunyaaaaa, dia bangun awal pagi tu sempat rakam aku berdengkur huwaaaaaaaa. Redhaa je la isk. Lepas tu bersiap gi snorkeling. Kitorang amik pakej RM50 untuk 6 point. Tapi aku suggest la jangan amik pakej ngan agen sebab macam kes aku, dorang datang lambat. Pastu laut dh bergelora sempat snorkel 4 point je. Isk. Baik ambik dengan orang pulau je, book, bayar terus pergi. Ni tak dah tengahari baru nak gerak. Berasap aku hari tu. Dah lambat pastu kena join orang lain gi kincir angin bagai tapi we ols tak amik pakej tu. Walaupun beruntung, tapi aku dah sakit hati la sebab lama kot aku tunggu bot agen tu sampai. Ehh. Gewwann je. Memang kitorang snorkeling 4 point je la, aku muncunggg je lepas dpt snorkeling baru happy.

Kincir angin

Mula mula tengok coral. Lahaii cantiknyaa. Haha tapi kan aku ni first time snorkeling. Si dia amik masa dalam 10 mins jugak ajar aku breathe ngn mulut, gerakkan kaki. Tu pun sebenarnye nak give up dah sebab rasa susah pastu badan timbul je sakit pinggang ahkak tau. Grr. Padahal teknik aku salah bahaha. Lepas dah pandai tu kemain lagi intai coral sampai taknak angkat kepala tapi still la pegang tangan suami takut aku sampai ke laut cina selatan kang. Bahaha. Lepas tengok coral, kitorang gi turtle point. Memula takde penyu pastu ada sekor besar gile. Aku tengok dari atas bot sebab dah turun turtle point td tp tak jumpa aku malas turun point kedua tu. Lepas tu gi point yang banyak ikan. Wehhh best gilaaaa. Ikan keliling kita. Sayang takde waterproof camera. Kalau bawak makanan lagi la ikan sayang ko! Berenang ngan ikan. Ya Allah suka gila! Dah la cantik. Pastu point last--shark point. Aku risau jugak sebab memula terjun kat first point tu, kaki suami berdarah sebab kena bwh bot. Luka. Isk. Brader tu pesan nanti jangan turun kat shark point tau walaupun dorg tu vege tp nama pun shark. Takleh jangka la kang dia makan kaki laki iols. Tapi dah sampai shark point tu, kering dah darah, luka so brader tu kata leh terjun. Aku pun terjun la ngn dia konon nak tengok shark. Tapi tak jumpa la. Agaknya dorang gi sekolah kot? Hahahha. Masa tu, rasa teroleng oleng *eh betul ke ayat ni* sebab ombak dah besar. Macam cuba nak swim tapi ombak yang tolak kita. Iskk. Peninggg. Tu yang dapat gi 4 point je. Huhu. Tapi kalau gi point lain pun aku taknak turun dah kot sebab penat. Oh ya masa tunggu bot datang nak gi snorkel ni kitorang sempat mandi laut lagi jam 12 tengahari. No wonder laaaa. Hahha.






Selesai snorkel, rehat kat bilik. Dia kata malam kang nak gi tengok beach party, nak tengok suasana pantai waktu malam. So malam tu walau penat, kitorang sempat candle light dinner haha. Pastu lepak tengok persembahan api pastu jalan tepi pantai omentik omentik kahkah. 

Esoknya pagi pagi bangun awal sebab aku belum packing barang nak balik. Sebab nak catch bot pukul 9 kot maka pukul 8 lebih tu dah bersiap tapi tersilap tengok schedule la. Bot datang pukul 8 pagi, 12 tghari dan 4 petang sajo. Sekali lagi, agen buat hal yo. Kitorang sabar je tunggu pukul 12 tu sebab dah jalan dulu gi breakfast dulu. Sebab dah check out awal kitorang sewa payung pulak tepi pantai sambil tunggu bot. Dah pukul 1230 bot tak sampai jugak. Suami dah sakit hati ngan agen. Aku pun muncungg je dah. Sekali nampak la bot tu sampai, elok kitorang amik water taxi (bot kecik) sebab nak gi kat dorang, elok je dorang pecut straight g mana tah. Eh eh sakitnyaaa hati. Dia call la agen kenapa bot tinggal kitorang ni, tah agen ni bgtau ke idokk ada customer nak balik. Gewwan nya. Pastu bot besar tu patah balik, kitorang tak ambik taxi dah bia dorang datang sampai pantai. Heh. Pastu dorang kata ada miscommunication kot. Aku muncung je. Pastu tak terus balik, sebab gate jeti tutup sampai kul 2 maka gi Fisherman Villlage dulu, sembahyang jumaat, lunch. Pastu baru la balik. Berdua je dalam bot hoi! Heaven. Tapi okay la sebab dorang brader brader bot ni semua baik hati. Agen tu je yang fail management dia. Kalau pergi lagi sekali aku banned dah agen ni. Iskk.

Tertido tunggu bot iskk

Tamat la 3D2N aku ngan dia dekat Pulau Perhentian Kecil. Souvenir beli dekat jeti tau, murah gila. Kalau beli dekat pulau sakit hati nanti bila banding dengan harga kat jeti. Hahahhaha.

Balik ofis je semua orang tegur. 'Why hitam sangat' 'you pergi mana' 'korang kenapa putih sangattt' -_____________- hahhaha. Aku dah beli aloe vera gel, losyen pemutih isk sebab nak bagi cerah balik kulit. Ni ktorang dah pakai sunblock 30 mins sebelum kuar tapi hmmm hahahahha. *nangis*


Hihi -_____-

Oh ya aku tak rasa ni honeymoon pun sebab aku view  honeymoon gi tempat tempat sejuk je. Hahaha. Ok baiii.

4 comments:

ain.ya.nun. said...

Muka awak macam fatin liyana

Hannan said...

Haha takdela, FL cantik jauh beza ngn kita haha -___-"

nurul iman said...

bes juga pulau ni. tak pernah p lagi :)

Hannan said...

Aah best! Tp nanti hitam la hahah