Friday, 29 August 2014

Rezeki untuk dikongsi

Hai.


Alkisah malam ni laki bini keluar cari burger bakar, kata hari gaji. Burger bakar je mampu. Kahkah. Sebenarnya aku request nak masak mi rebus je kat rumah tapi dia berkeras jugak ajak keluar. Katanya nak pergi mengurut lepas makan.

Sap sap soi, sampai la kita dekat Sungai Ramal tu. Suami order burger bakar, aku pulak beratur nak order satay. Sape selalu makan situ tau la satay apa yek. Lepas order satay, order bihun sup pulak. Dah lama tak makan kot. Sambil tunggu satay tu, kita makan dulu la burger ngan bihun sup. Dah siap makan pun, air dah habis, tapi satay belum nampak lidinya. Iskkk. Dia pulak gelisah la sebab nak pergi urut pulak, aku suggest dia bgtau satay tu kata nak cancel makan, bungkus sajooo. 

Sementara tu aku tunggu la kat meja, tapi macam lama je aku gi dekat satay sana. Tadi suami dah bgtau, sekarang aku pulak bgtau incase dorang lupa. Diorang kata 'aah tunggu ye, ikut turn tu'. Dalam hati terdetik eh takkan aku kena sambung turn lain pulak kan? Maksudnya dari turn makan ke turn tunggu. Masak laaaa. Memang masak pun. Tak nampak macam dorang nak bungkus satay kita pun. Muka suami dah ketat la, sebab sure plan dia lari. Agaknya dia dah tak tahan, dia gi tanya lagi skali. Dorang kata tadi dah hantar tapi takde orang. Amboi kau kita inform sebelum kau hantar lagi. Isk. Bila keadaan dah macam tu, masih lagi nak cerita hantar bla bla bla next customer duk meja sama dah order lain pun. Walawehh. Tapi nasib la ada sorang tu, cut the drama, amik satay bungkus laju laju. Haih laa sabar je la. 2 jam untuk 10 cucuk satay. Gempak le idok. Bagus bagus.

Aku ni memang jenis takleh menunggu tau tapi sebab dia pun dah panas, aku kena cool down sikit pujuk dia etc etc. Masuk kereta tak bercakap dah, sebab kedai urut dah tutup. Hmm lain kali takleh ke awak buat masa kita bersama sama ni free and easy je? Hmmmmmm. *happywife* At least jadi macam ni tak la panas sangat kan. Balik rumah je terus dia bgtau siap siap dia tak nak satay tu. Okey la okeyyy pahamm '____' 

Dah la lepas ni makan kat rumah je ye, senang isteri timing. Iskk. Ikutkan aku ni simple je, kalau servis lambat gitu nak je aku gi cancel dan bagitau '2 jam saya tunggu ni, satay tu abang derma je la kat sape sape ye, penat tunggu'. Aku simple macam tu la. Kalau sorang tadi aku buat ke macam tu. Settle. 

Bukan rezeki kita, mungkin rezeki orang lain. Selalu ingat Abah cerita tau. 'Kalau kita ada RM1 pun, bukan semua hak kita, mungkin 70sen daripadanya untuk dikongsi'. Gituu. Simple bapak aku kan. Dia jalan kang terserempak orang kampung, diselitnya RM50 dalam poket orang tu, susah macam mana pun dia, orang jumpa nak mintak tolong dia akan tolong semampu. Sebab rezeki tu untuk dikongsi. =') Tapi susah la aku nak tiru Abah. Purse belum kering pun dah gelisah hahahha. Ok balik cerita tadi, Sebab dia taknak makan satay tu, aku tak daya nak makan semua pun. Aku suruh bagi orang je. Huhu. At least aku berkongsi rezeki la tu, even tunggu sampai 5 jam pun tak semestinya kena tamak habiskan semua. Worth waiting la konon. Ishh. 

Dalam hati kena ada redha, sabar. Penting tu. Sekali kita tolong orang, sepuluh kali Dia tolong kita. Ok sekian tazkirah ustajah. Babaii. 

Tapi aku pun memang takkan makan dah la satay situ. Nowaa bagi negatif bintang! Hahhaha

No comments: