Sunday, 24 August 2014

Pizza Segera!

Hai!

Weekend aku sekarang dah macam mak mak sangat. Weekdays kerja, bila weekend je nangis tengok baju tak berlipat, yang tak basuh lagi. Isk. Kalau baju kita je takpe ni suami sekali. Huwaaaa. Terus teringat dekat Umi kat rumah, bukan takat lipat baju sendiri je, baju anak anak pun sekali. Alahai. Hebat betul mak kita yang surirumah ni iskk. ='(

Settle hal gitu baru boleh rehat sikit. Baca blog Kak Pilla tengok dia buat pizza. Tetiba suami datang pulak peratii kita buat apa. Terus nampak pizza Kak Pilla. Hoii dashyat penangan pizza dia terus suami request aku buat pizza. Amboiii. *nangisss*

Takkan aku terus nak redah buat doh bagai. Memang tak lerr. Haha. Pastu teringat dekat Aeon ada je instant pizza, tinggal nak masukkan dalam oven je. Kihkih. Nasib la si dia okay saje walau pizza instant. 

Lepas Maghrib terus gerak gi Aeon Mahkota Cheras, berfikir fikir nak makan pizza apa. Vege ke, pepperoni ke, cheese ke. Last last dia pilih satu, aku amik satu. Pastu gi beli cheese, saje la nak tambah topping dan aku pulak request nak beli sosej. Heheh.

Suami kite ni suka bawang tau, siap request suruh tabur bawang. Layankan sajooo. Letak sosej, bawang dan cheese blackpepper. Perghh. Wangi dia masa bakar tu jangan cite. Terus berangan nak masuk masterchef kot. Bahaha.



Masak je, terus makan. Tapi baru masak sebiji je lagi satu malam esok pulak heheh. Sedap, cicah sos. Suami kemain la berterima kasih kat aku. Kahkah. Padahal pizza instant je yawww. Hahahha. Saje aa tu nak anje ngan aku. Hahah. Oh ya, merasa jugak bake bake ni sebab oven pun orang bagi adiah tawen itu hari. Mihmih.

Pastu kann, Sabtu lepas ada dinner kat ofis kitorang. Pastu ada games, dia nak 5 couples weh taktau la sape petik nama we ols berdua. Memang malu sangat la aku kan. Sekali kena menari ikut lagu hindustan kat stage tu ha! First time dalam hidup alu buat benda gini. Tapi kata kena sporting..ahh goyanglan saje la bontot ke apa ke. Nasib aku tak golek golek atas stage tu. Feeling bollywood sangat sebab themes bollywood. First and last la aku menari gitu haha turun stage je semua 'puji' kemain beria menari. Kahkah. Kuwajaqqqqq. Dapat la hadiah voucher Aeon. Heheh.

Weh besok dah Isnin kot, dah la aku kena kerja Sabtu hari tu. Iskkk. Sedihnyaaaaa.

Huwaaaaaaaabaiiii ='((

P/s: Rasa macam nak balik kampung je tak tau la suami izinkan ke takk. Iskk. Rindu wohh.

3 comments:

nurul iman said...

yang instant nya apa eh..sosej, cheese n bawang topup sndiri ek? haha sorila tanya..gambar tu tempting sangat pagi2 ni..huhu

Hannan said...

Haha..yg instantnya pizza crust tu, dia dah siap topping beef pepperoni kat bwh tu. Tambah bawang sosej ngn cheese sbb suka. Hehe. Bli instant pizza kat aeon jenama tricious..sedap!

nurul iman said...

oo 2 lapis la? hahaha. ok nice~