Monday, 18 August 2014

Masak untuk hasbeng

Haii :)

Sebelum kahwin memang aku dah prepare la sikit sikit pasal masak memasak ni hehe. Yelaa, kang masak air pun tak reti terus kena sedas atas muka. Baru la terpisat pisat nak belajo. Hahah. Tak la terror pun masak, sikit sikit je. Kehkeh. 

Hari tu first request dia nak makan nasi goreng. Beriya aku kata boleh walau nasi goreng aku selalu lah fail sebenarnya. Yakin tu penting, dok gitu? Haha laju laju google resepi tapi bila balik kerja dia kata tak payah masak, beli je. Hoihh, tak sanggup nak makan ke banggg? -_______-'

Hari Ahad lepas, dia tanya nak makan apa. Aku kata nak masak. Heret dia beli barang dapur sikit. Ekekeke. First time uols. Selalu heret beli baju je kahkah. Kali ni kite nyoping bawang lada la pulak. Haha. Sebab dia kata nak ayam masak merah, kacang kot. Laju pilih bahan hahah.

Sampai rumah, dia keluarkan segala jenis mesin yang still tersimpan dalam kotak. Blender, periuk letrik. Hadiah tawen hehek tenchiuu. Aku pulak potong bawang bersihkan ayam etc. Lepas tu tau tau lesap dah dia. Yang aku dengar bunyi tv je. Kata nak tolongggg. Isk.

Bermula la episod aku masak untuk suami. Haha tak percaya noks. Tengah masak tu tetiba dengar 'hmmm sedapnya bau!' Aku buat pekak je dalam hati dah berbunga bunga pastu doa harap sedap macam bau dia la. Kikiki. Ataupun saje nak amik hati aku kot, tak la i stress masak sorang sorang sementara awak kemain lagi mengadap si Neelofa tu kat tv. Krik krik. Takpela nasib baik suami plus ni kali pertama i tak heran sangat. Tunggu je sampai 5 kali nak tengok berani ke idokk bia bini masak sorang sorang. 

Settle masak, aku panggil dia angkut lauk. Haha takde la lauk sangat pun setakat ayam masak merah, telur masin, ulam timun tapi boleh la kan. Cedok nasi, ambik lauk. Aku pesan siap siap 'kalau sedap diam, tak sedap pun diam' hahaha. Tapi sebenarnya aku jugak yang start tanya 'sedap tak? Okay tak? Mana yang kurang? Takpe kan, ini first try kan?' *sedapkan hati* hahah tengok siapa yang menggelabah sekarang. Bila aku open soalan macam tu, terus la dia puji 'sedapp..menjadi nii' 'masam sikit, awak terlebih asam jawa ya? Tapi sedapp' *kiss dahi* kahkahkah. Ok la bangg, saya pun rasa macam masam sikit. Kita tukar la, jadi ayam sweet sour gitu. Ponn bolehh -__- Kata first try hahaha. 

Aku tunggu la dia menambah, phew bangga bila dia asyik la tambah kahkah. 3 kali *bisik* hahhaha. Pandai amik hati bini tu. Tu yang aku malas masak kang kenyang salahkan aku, pastu komplen baju kerja dah ketat. Aloha! Saya baru masak sekali tau. *campak tudung periuk tanda protes* hekhek. Iols pun tambah jugak haha bagi support sikit kat suami kang takde geng gemuk hahah. Lapar kot antara sebab sebab pukul 3 petang baru lunch. Wahaha. 

Memang aku tak sempat snap pic pun, masak je terus melantak takde nak gebang kat instagram ke 'masakan pertama untuk suami' wahaha. Geli. Asal dia kenyang, iols suka la. Tak susah pun nak masak untuk dia ni *takat hari ni la* haha except for the fact dia larang aku guna ajinomoto. Haihh apa substitute eh? Tak reti mak, dia tak sedar selama ni makan kat kedai dah selori ajinomoto dia makan. Huhu. 

Malam ni aku goreng ayam je, dia makan ngan sos. See? Simple. Macam takde bini. Ngadu kat Umi siap la. Hahah. 

Tengok..kenyang zangat lettew kihkihlo
Tengah fikir nak masak apa lagi yang senang senang ni. Hihokk. Tapi esok tapau je la malas nak masak takut diet iols tak
jadi la. Lololol. Bye =)

No comments: