Saturday, 16 August 2014

Malam Jumaat Krik Krik

Haii :)

Mihmih sempat tukar design blog sikit bagi nampak matang padahal tuannya tak matang pun. Hihokk. Aku dah lama request nak header blog baru tapi takde orang layan aku pun. Sobs. 

Sebenarnya iols ada satu cerita ni, yang memang dah lama gila pendam. Sebelum bulan puasa lagi aku tahan nak cerita. Cerita seram kahkah *gelak sebab nak hilangkan seram* kalau aku share sebelum ni kang aku pulak yang takut lebih tapi sebab sekarang dah ada teman tidur iols boleh berlagak sikit hahah. 

Satu malam tu, dekat rumah dulu sebelum aku duk ngn suami *krik krik* biasa la balik kerja badan penat kan. Tak tau la pukul berapa tertidur yang pasti awal. Syok tidur tiba tiba terjaga sebab dengar orang nangis. Teresak esak-kuat okay! Aku tadah je telinga dengar, tapi lama lama tu aku rasa macam housemate aku yang nangis. Pheww.

Daripada baring, aku duduk. Sambil berkira kira nak keluar jenguk housemate aku la kot la dia nangis ada apa apa jadi ke. Bunyi tu betul betul datang dari living room tau. Kuat dan jelas. Memang nak bangun dah gi tengok tetiba rasa tak sedap pulak. Cek whatsapp kot la housemate aku online ke, tp tengok last seen dah lama. Mana tau gaduh ngn boyfie hahaha -..-  Tengok jam pukul 1:01 pagi. Erm malam Jumaat pulak! Terus tarik selimut sambung tidur lantakkan bunyi tu. Sambil doa Allah tutup pendengaran aku kejap huwaaaaa. 

Tidur tak tidur mana dah la sebab aku confuse nakkk gi tengok sape nangis. Sebab sebijik macam housemate. Pukul berapa tah aku terjaga lagi, tapi ada lagi bunyi tu. Haihh tak penat ke nangis lama dah la kuat. Pastu ending dia aku dengar budak nangis hahah. Pastu mampus tidur sampai esoknya.

Pagi tu aku cerita dekat dia, sebab dia satu department dengan housemate aku dia gi tanya. Apa lagi menggelabah housemate iols. Hahhaha. Dia kata takde la dia nangis. Pastu bagitau aku sorang lagi budak rumah pun kena kacau semalam. Dia dengar orang panggil dia. Adoiii terus makcik seram. Bunyi apa laaaaa. Nak sedapkan hati, dia kata mungkin jiran nangis kot. Sebab dorang selalu gaduh. Haih tapi lamanya? 

Hari tu aku tanya sorang lagi housemate aku tu, tanya masa bulan puasa hahha sebab bulan puasa takde setan haha so berani sikit. Dia jawab orang tu bagi salam kat dia, perlahan je. Perempuan bagi salam tengah malam. Iskk. First time la aku dengar bunyi gitu, sebelum ni dengar cerita orang je. Tapi tu pun tak pasti la orang ke apa. Huhu. Lepas tu aku tidur memang berteman Yaasin la weh, keep repeating surah tu sampai pagi. 

Sekarang ada suami tak la aku takut sangat hopefully kalau dengar benda benda gitu unless laki aku pun penakut sama! Bahahaha.

Babai.

No comments: