Wednesday, 9 July 2014

Towards the Wedding : Kad Kahwin

Assalamualaikum!

Sekarang aku memang tengah busy settlekan jemputan. Edarkan kad, tapi aku takde edar sangat pun. Haha. Bagi dekat officemates je semua. Tu pun menggigil tangan nak bagi kad kat dorang semua. Wahahaha. Boleh gitu? Sebab aku malu, segan je rasa macam kecik je lagi. Hahah.

Kawan kawan pulak aku tengah collect address, rasa esok pergi pos kot, pastu jangan suruh dah, aku malas nak gi pejabat pos banyak kali. Datang je, aku dah invite kat fb kot, berpeluh create event :p hahahha.

Memang pakai social network je, gila teruk perangai aku. Fizikal kad mana nak campak tah banyak banyak. Huhu. Nanti sempat kawan kawan yang dekat area aku ni aku bagi by hand je la. Si dia pun praktis benda sama, bagi by hand kalau boleh. Dekat whatsapp pun semangat aku google 'how to send whatsapp msg to many recipients' haha. Pastu aku ikut step dia. Add penerima, pastu aku tembak la kad dengan kata aluan tu. Hahha. Lepas send je aku duduk diam diam, hp tak henti bunyi kot. Nervous mak. Hahhaha. Takut nak baca satu satu msg. Banyak ucapan tahniah. I is terharuu. Tapi ramai jugak kawan yang terkejut, rasanya iols tak merahsiakan hubungan ini. Kekeke.

Kalau dekat ofis, ramai yang request nak pergi majlis dia, sebab hari Sabtu. Pakat nak datang. Sukaaa je dorang plan. Kalau tak datang tak tau la. Tapi ramai jugak yang dah bgtau siap siap kata takleh datang. Tarikh aku pilih tu tengah sakan rayaa. Sobss la. Nak buat macam mana, tarikh tu je family gathering plus cuti lama sikit la kot. Tak tertahan dah nak tunggu next cuti sekolah ke apa. Hahahha. Tapi siapa nak datang majlis dia pun boleh sebab kitorang dah bincang. Nak senangkan guest. Tak sempat rumah dia, datang rumah iols
Dan sebaliknya..gituu. Haha, yang kelakarnya bila bagi kad kahwin terus bukak air asia.com pastu merungut tiket mahal. Pastu beria nak drive, nak plan datang majlis kitorang. Alhamdulillah :) Terharu pulak, ada yang teruja book hotel siap siap. Amboii. Nangis kejap mak ngah tau. Datang la, jangan tak datangg.

Oh, kad kahwin pulak. Ramai yang puji kad kahwin kita simple tapi still cantik. Ni semua kerja Nunang ye, 3 bulan dia design kad. Hahhaa. Padahal satu hari satu huruf je kot dia ejas. Hihi. Aku memang taknak kad yang ada gambar cincin la, bunga la. Biasa sangat macam tu, nak yang pelik sikit. Hahha. Lagi tak suka bila kad ada gambar pengantin, siap baju pengantinn. Hoho. Dont like. Bila Nunang propose design ni, aku suka gilee. Pastu separuh jalan dia propose design cincin je terus aku cakap no. Habiskan first design hahha. Settle, hantar kedai dan print.. Sape nak design kat kahwin pasni sini aku tolong hahhahaha.

Haa, walaupun semangat raya masa hari nak nikah tu masih kuat, tapi kawan kawan..jemputlah datang ye. Bukan saya pilih tarikh, its our parents. Siapalah kami nak membantah. *anak yang baik*

Oh ya, paling kelakar bila officemates dah kongsikan macam macam petua rumahtangga. Takut aku dengar. Adeii. Apa apa pun, dengan rendah diri dan besar hatinya, saya mengajak anda semua yang mengenali untuk hadir ke majlis saya nanti ye..

Babai

Ps: sayu hati dengan serangan ke atas Gaza. Let's pray for them. Rasa nak ajak semua penduduk Gaza datang Malaysia je. T_T #stopviolence #prayforgaza

1 comment:

MIRA said...

simple and modern =)In shaa Allah xdok aral ak sapa la hehe..Thniah in advance!