Monday, 14 July 2014

Sprained Ankle / Terseliuh

Sebelum gi tarawikh tadi, dia dah pesan, suruh aku bawakkan gam dengan double tape. Tapi macam mana ntah aku terlupaaa. Balik tu aku suruh dia tunggu sekejap, aku naik atas gi ambik. Memula dia kata takpe, esok je. Tapi aku berkeras nak naik gi ambik. So dia tunggu.

Dah sampai atas, tiba aku rasa malas nak turun balik. Whatsapp dia kata aku nak campak je dari tingkat empat. Memula aku serius, tapi macam pemalas nya aku nak campak je, tadi beria nak ambik. Sambil turun tangga aku whatsapp dgn dia, pasal nak campak barang tu la. Sekali tak tau la macam mana, debukk! Dah selamat landing. Sebab terus rasa sakit kat kaki tu, aku dah tak ingat macam mana aku jatuh. Yang pasti lengan baju pun kotor, punggung tak sakit.

Dapat rasa kaki tu terlipat, nak bangun jalan tak mampu. Terus duduk atas tangga, sambil bgtau aku jatuh. Dia ingat aku main main. Kita ni sakit tak peduli dah typo kot. Siap dia boleh tanya, seluar koyak tak? Ingat aku bergurau. Pftt. -_____-  Dah lama aku duk tangga tu, aku cuba bangun, try jalan tp sakit. Air terjun la apa lagii. Terserempak dengan orang pun aku biarkan je air terjun tu. T_T

Sampai bawah dia tengok aku jalan terhincut2 macam tu baru dia panik. Tapi dia dah kat luar kereta la, nak naik jenguk aku apasal tak turun lagi. Tengok aku nangis, lagi la menggelabah. Masuk kereta, bukak lampu, terkejut tengok bengkak kat ankle tu dah sebesar telur. Omggg. Nangis sebab takut pulak kali ni. Huwaaa.

Dia decide, kita gi urut. Malam ni jugak, takleh biarkan sebab takut esok bengkak lagi teruk. Dia naik atas, call housemate aku suruh amikkan purse. Sebab aku memang turun bawak gam, double tape, phone ngn kunci rumah je. Haha. Terus pergi cari tukang urut tapi bila dah lebih sepuluh minit, aku rasa sakit dah hilang. Pujuk rayu taknak gi urut, sebab aku takut. Tapi betul, sakit dah tak sangat. Dia dah call member tanya tempat urut terseliuh. Tak peduli, terus je bawak aku. Aku ni jalan buat buat tak sakit dah, sebab takut la nak urut. Hahahha.

Sampai rumah Mak Neng tu (tukang urut) dia kata aku datang cepat, sebab kaki aku teruk jugak. Bengkak kot. Esok takleh jalan, boleh demam. Huhu. Masa dia urut tu, memula aku tahan, tapi mulut aku bising la. Duk sakit sakit, siap main tarik kaki ngan Mak Neng tu, sakit sangat. Dia tunggu kat luar. Last last menangis hoii. Anje hangat ni. Akettt T_T Dah siap urut tu kurang sikit bengkak, hilang sikit sakit. Tapi still ada la rasa sikit. Mak Neng kata, kalau dekat ankle ni payah sikit nak baik. Takpela, yang penting aku tak mau urut dah. Serik.

Keluar bilik, tengok amboiii kemain cik abang kita. Tengah smoking, cepat cepat buang lepas aku tengok. Aku tanya kenapa smoking? Dia jawab dah owner tu smoking ngn kawan kawan dia (ada 2 3 org customer kot) kita join la skali. Iskk sedap menjawab. Dia ni memang, social smoker. Mohon jangan ajak dia smokingg. Pakcik tu pun lain kali pelawa la air ke karipap ke, ni pelawa rokok. Ish. Hahhaha. Dengan baju melayu pink nye, elok pulak smoking. Gewwan pulakk.

Pastu dia call Umi dia, kata aku jatuh. Haha. Malunya. Banyak la pesan, sapu ubat, urut slow slow. Pastu gelak sebab hari tu Umi dia terseliuh aku gelak, sekarang aku kena. Iskk. Kuat kot dia gelak masa tengah cakap phone. Bahaha. Kuwasammm.

Balik rumah, dia hantar aku sampai atas. Takut aku jatuh lagi. Perli la tu. Heh. Kesian kat diri sendiri, Allah bagi sakit sikit je, dugaan kecik. Alhamdulillah. Sebelum ni sihat je melompat riang, hah sekarang rasakann. Hantar gambar kaki bengkak kat family group pun adik aku gelakkan. Dia tak tengok kaki aku tu dia gelakkan bulu betis iols yang homey tuu. Kuang hajo nye adik! Mihmihmih.

Tak tau la esok macam mane. Ni tengah berdenyut. Jalan pun takmau cecah kaki kalau boleh. Esok mc boleh ke? Hahhaha.

Babai :)

No comments: