Wednesday, 2 July 2014

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan! Sempat lagi wish walau lambat sebabnya kita rushing la ke sana ke sini. Baru je sampai KL Isnin malam, weekend balik kampung sebab finalize kan all things, tunggu balik ni nak akad je, insyaAllah. Semoga Dia permudahkan, aminn :)

Balik hari tu straight ke rumah dia, lambai lambai je lalu simpang exit nak ke kampung iols. Terus sebak pastu tanya dia japgi kita macam ni ke. Huwaaa. Kena ikut suami pilih nak balik mana la pasni. Hmm. Hmmm. Tidur rumah dia malam tu, uish first time kot. Segan pulak. Ingatkan tunggu jadi isteri baru tidur sana, ni sebab nak ukur baju kahwin. Tidur sana la, esok paginya hantar aku balik terus boleh settlekan hal hal sebelah aku sikit. Wiwiwi. Bersahur pun rumah dia, gigih bangun kot, walau dah raya awal, takkan aku nak terbongkang tido time orang sume sahur. Huhu. Bangun jugakk la iols.

Dah pagi tu tido lepas sahur, tapi macam terlajak pulak tido. Umi dia jenguk bilik baru aku terpisat pisat bangun capai towel gi mandi. Bakal menantu apa la nii. Hahhaa. Yang penting anak dia terbongkangg lagi, jenuh Umi kejut macam macam alasan nak tido. Hahaha. Aku dah settle ukur badan semua pastu tunggu dia bersiap kejap terus gerak balik rumah.

Petang tu buka puasa kat rumah la, tolong Umi masak, bercerita itu ini. Dah akhir akhir ni macam tak boleh duk diam pulak, aku banyakkk fikir, mujur ada dia ni la yang suruh aku relaks sikit. Phew. Selagi tak selesai majlis ni, selagi tu laa. Esoknya gerak balik KL, singgah berbuka dekat Genting Sempah. Huhu

Sekarang kitorang dah start distribute kad dah, cuma aku belum la nak create event kat fb ke apa, awal lagi kot, eh? Huhu. Kawan kawan kat group whatsapp tu aku dah inform la.

Dah 4 hari Ramadhan ni kat Terengganu rasa panas sikit siang, bila petang je hujan. Sini so far aku rasa cuaca okay kot, tapi macam ada jerebu sikit. Dia tu dah start batuk, selesema symptom demam semua dah lengkap tu. Lahaiii, mudah sangat kena. Isk.

Setakat ni dulu, selamat beribadat! Ramadhan next year (kalau panjang umur) insya Allah dah jadi bini orang la. Hihihi. Sukaaaa.

Bai! :)

No comments: