Saturday, 5 July 2014

Runsing

Dalam masa tak berapa lama dah ni, terdetik pulak rasa runsing dalam hati. Runsing kalau majlis yang kita rancang tak macam kita nak. Macam macam aku fikir sekarang. Persiapan Alhamdulillah, so far so good. Memang bahagian aku, aku settlekan almost everything sendiri. Wiwiwi. Pelamin, hantaran, baju, kasut etc etc. Letih kepala otak tu jangan cakap la, susah nak buat event sebenarnyaa. Huhu

Satu lagi sebab aku jauh dengan family kot, aku tak dapat la nak update setiap hari. Kalau depan mata senang la sikit. Kat sini memang banyak bincang dengan dia la, takdenye nak surprise dia bagai, sebab semuaaa tanya pendapat dia. Huhu. Rasa bermula sekarang jugak aku nak cuti, balik kampung hadap all these wedding thingy. Pheww. All sweating walawehhh.

Perihal kat rumah, memang aku serah sebulat seketul sebijon je kat family. Tinggal persiapan kenduri, makan makan tu la. Semua aku letak kepercayaan kat family. Hopefully semua okay la. Aku runsing sebab, hmm bukan kata aku tak percaya kat orang, bukan pun nak tamak buat kerja sendiri kang jadi bridezilla pulok. Sebab hari tu tunang pun aku kurang puas hati ngan majlis aku. Sebab yang sama jugak la, aku takleh handle bila jauh gini. Bila aku balik je, barang aku nak ada yang takde. Macam frust sikit. So untuk majlis kahwin ni, semua part aku, aku settlekan sendiri. Nanti tak la aku blame orang. Kita kat sini senang hati bila orang kata semua kat rumah settle, bila balik kang ada tak kena tu yang jadi menangis malam nak tunang tu. Hahha. Semoga tak berulang. Huhu

Dah hujung hujung nak capai majlis ni, kena details sikit. Benda benda kecik tu semua aku masukkan dalam list, takut ada yang tertinggal. Siapa taknak majlis perfect, walau dalam kesederhanaan. Gituu. Aku nak jadi happiest bride hari tu nanti. Insha Allah.. Nak kahwin sekali je ni, bia senang hati dengan majlis sendiri.

Berdebar? Tak kot. Hahaha. Tapi time aku edar kad kat kawan kawan ofis tu rasa berdebar sikit. Macam tak caya jee edar kad kahwin sendiri. Huhu. Pastu kawan pun aku belum invite lagi. Nak create fb event ni pun malas. Ish aku tak suka betul benda leceh. Sape yang datang majlis tu kalau baca entry ni jemput datang tau. Runsing jugak takut ada yang kecik hati kata aku tak ajak laa. Haish. Apa lagi yee..

Berpusing kejap fikir. Minggu ni hopefully minggu last aku nak settlekan semua sisa preparations majlis, tak nak fikir dah. Baju raya pun aku tak beli kot tahun ni. Redha je la. Sobs. Tak sempat nyaaaa tak fikir raya pun ni. Yang aku tau habis je puasa aku nak kahwin. Takde raya dah, Umi pun cakap macam tu.

Haha, semua tolong doakan tau. Semoga majlis kita berjalan dengan lancar dan sempurna. Nanti aku up entry jemputan/kad.

Babai.

No comments: