Tuesday, 15 July 2014

Nafsu Ramadhan

Masyaallah, bersyukur sangat sebab hari ni memang dah boleh jalan. Tapi still slow la sebab iols kan penakut. Haha. Kaki dah boleh pijak lantai, dh kuat. Dah boleh berdiri sebelah kaki. Eksyennn. Boleh sarung seluar dh, dua hari aku pakai kain tau. Huhu! Alhamdulillah, Dia bagi sakit sekejap je. Lepas makan segala jenis ubat klinik tu terus hari ni ok. Sahur pun makan ubat. Kekeke.

Sebab rasa dah okay, terus request pada dia, bawak aku keluar petang ni. Takyah food delivery dah. Hahha. Terkejut dia, 'dah bosan la tu' hahhaha. Memang punn. Tapi tak tau la dia nak bagi keluar ke tak. Biasa dia tu, skemaa kalah doktor. Sobs. Kang ada yang selagi takleh lari, sila lah kuarantin dalam rumah ye. Nak apa apa saya hantarkan. Heaven memang la, tapi dah bosannnnnn. Help.

Semalam paling sikit aku makan, terpaksa minum air mineral je. Strictly no ice. Jadi petang ni aku dah tak zabar zabar nak bersesak kat bazar. Hopefully bila balik kaki tak menderita la dan paling penting mohon si dia aporove permintaan ini. Pleasseee. *kelipkelipmata*

Sebab tak masak, memang bazar la tempat kitorang. Name it, bazar mana yang belum aku dan dia lawat kat area ni. Bangi, Sri Serdang, Putrajaya, Batu 9 Cheras. Taktau dah nak gi mana. Kalau gi bazar tu memang berat la bawak balik. Konon taknak membazir, beli satu tak cukup bila balik makan separuh je dah kenyangg. Iskk. Kang tengah malam aku sambung la makan lagi. Taktau la kalau baju kahwin kena alter nantii. Alamakk. Teruk betul nafsu bulan puasa ni, setan takde. Diri sendiri takleh control tamak. Haha. Dah makanan semua nampak sedap jee. Tergudaa. Huhu!

Kalau dia, pantang nampak ketam. Eh hantu ketam tau dia tu. Hari tu dia beli ketam masak lemak. Seekor RM6.50, lagi satu tempat jual RM8.50. Fuhh fuhh. Aku tak makan sangat, sebab malas la nak comot comot kang tak abis nasi aku tenung sang ketam je. Wahaha. Tapi dia kata aku ni nak makan tapi malas. Amboii mulut diaaa, sumbat cili kang! Lepas tu hari tu gi bazar kat Putrajaya, aku ternampak orang jual ketam. Dia tak perasan, dalam hati dah fikir fikir nak gtau ke tak. Hahhaa. Pastu tercakap 'eh kita nampak orang jual ketam macam yang sambal tu kat sana tadi'. Dia terus pusing, 'mana mana'. Hahha kan dah cakap. Menonong tunjukkan dia. Terus rembat ketam bakar sambal tu 3 ekor RM15 pastu salahkan aku sebab dia banyak belanja hari tu. Hahhahaha. Pastu orang taknak makan nasi, dia pun sama tiru aku, beli mi je. Hahha.

Dah la dia ni pandai, ada sebelum tu dia beli kuih cara tau, sedap sbb air gula dia meleleh. Pergh. Pastu esoknya aku nak beli la, tengok je terus aku nak. Dia tarik aku, kata yang tu tak sedap. Tapi aku degil nak beli jugak yang tu, malas jalan tempat lain. Sekali bila buka makan macam takde gula pun tengahh. Huwaa. So semalam dia belikan aku kuih cara yang sedap. Hahha. Aku mana tau pilih. Malunyeee :) Pastu belikan nasi kerabu, daging masak merah. Tu je menu semalam sebab aku tak lalu sangat. Nasi pun tak habis. Uhuhu.

Tapi kan, satu la bulan puasa ni. Asyik la tragedi oktober tau. Haha. Lepas makan je berlari gi jamban. Aiskk. Ngadu kat Umi, alololo kesiann anak Umi ni ye. Pilih la makanan yang elok. Kita tak tau macam mana dia masak. Hmm abis tu saya pun tak tau macam mana nak pilih Umi oii. Hihi

So petang ni nak beli apa ya. Aku taknak la membazir dah. Nak beli nasi ngan kuih je. Hahaha, ye ye la tu!

Selamat berbuka semuaa, babai :)

No comments: