Friday, 11 July 2014

Brader Kafe Steamboat and Grill

Hari ni kat ofis aku relaks sikit, takde orang chase aku sangat. Plus manager gi facilitate training. Woohoo! Seronok. Sambil tunggu pukul 5:30, kepala dah fikir nak buka kat mana. Ok, scroll scroll scroll.... Tet. Set la. Tetiba rasa nak makan steamboat. Hahhaa.

Dapat no phone, aku msg brother tu. Hahha tak menahan, msg je kot nak booking. Dasar betul. Pastu dia kol, hahhaha. Aku confirmkan booking, dan slow slow amik hati dia sorang tu. Tanya la banyak kerja ke, letih ke. Dia reply whatsapp aku kata dia bz, tapi dia bagi chance kat aku pilih nk buka kat mana. Eh, cun sangat la! Kita dah booking pun hahhaa.

Masuk kereta, aku on Waze, search siap siap, suruh dia diam, drive ikut Waze. Dalam hati berdoa semoga Waze tak tipu aku. Terpaksa la layankann dia yang sibuk berteka teki dalam kereta tentang arah yang kami tuju. 'Eh ni lalu Putrajayaa.. Oo nasi beriani? Eh..satay kot? Hmm..bagitau laaa' Hahaha, aku kata salah semuanya. Dah dekat nak sampai tu dia bising lagi, eh ni nak pergi BB, takkan makan mamak? Aku kelentong 'Aah la, BB (kedai mamak kot) tempat faveret dia lepak and the geng. Terdiam kejap. Tiba Waze tunjuk direction lain. Hahha. Sampai la kedai surprise aku tu. Brader Kafe Steamboat & Grill. Woahh. Panjang mukaddimah.

Sampai tu awal lagi, pukul 7, aku bgtau dia sini ada orang buat 3D Mural, terus dua orang ni beriya cari tempat tu. Pastu jumpaaa. Pastu snap gambar. Tapi tak sempat tawaf habis la, sebab nak gi masak masak pulak.

Sampai kedai balik, semua dah berpusu pusu ambik makanan. Aku dengan dia apa lagi, laju laju gi kutip jugak. Segala jenis la kutip, ayam, daging, kambing, sotong, lala, udang besar, pari. Iskk. Banyak kot. Tamak kejap. Siap kutip yang basah, aku gi kutip bebola segala bagai. Hihi. Lepas tu duduk dan mula memasak. Cecece.

Macam biasa ambik tomyam, aku kan tak makan pari, lepas tu dia gi letak pari tu dalam tom yam. Aku terbuat muka sikit, sebab entah la aku memang cerewet macam tu. Huhu. Lepas tu dia pun dah lain, ok la ok aku beralah sikit. Yelaaa bubuh la pariii, aye makan je laaa aye makannn. Iskk. Iols memang gitu, teruk betul. Kalau dia letak keli dalam tomyam tu, alamatnya dia makan sorang je la. Lempang pompuan ni. Daging tu dia rasa dulu, sebab aku tak makan kambing. Kalau lembu dia bagi aku, haha tu pun aku makan sikit je, taknak la kambing. Psikologi je aku rasa, padahal takde apa punn. Dah dekat nak berbuka tu, dorang keluarkan nasi goreng pulak. Ambik jugak, bedal semua. Kurma ngan onde onde pun ada tau. Air pun banyak jenis, abc pun ada. Huhu

Dah Maghrib, sesi melantak. Break kejap gi solat, surau ada yee, jangan risau. Toilet pun bersih. Pastu sambung makan balik sampai kenyang tahap takleh nak habiskan bebola tapi sebab takut dia timbang dan kena bayar, Nunang tolong habiskan. Wahahaha. Tapi still ada yang bersisa. Lastttt, kita makan aiskrim. Wuhhu. Abc tak buat pun sebab dah full sangat. Mungkin sebab makan berselang seli dengan air kot? Hahah.

Overall, Brader Kafe ni memang recommended. Sedap (cuma tadi tomyam masin sikit) yang perap tu semua sedap, banyakk benda nak di makan, toilet bersih, surau ada. Boleh la datangg. Harga pun murah tau. Dewasa RM24.90 kanak kanak aku lupa la, sebab takde kanak kanak ngan kitorang. RM9.90 kot? Hahaa.

Haha, at least Waze tak tipu aku dan plan surprise aku menjadi la. Wiwiwiwi. Alamat kedai kita tak tau ye, sebab kita Waze je. Dekat The Atmosphere ngn Giant Taman Equine. Haa, ok la bagi landmark. Hihik.

Babaiii. Nak kempiskan perut jap. Hahha.

Aku tak sempat snap makanan, sebab tak sabar. Ais krim je sempat, sebab time tu dah kenyang. Lalala

No comments: