Wednesday, 25 June 2014

Ujian Saringan HIV di Seri Kembangan

Mihmih. Time lunch tadi kitorang berdua laju laju gi cari klinik nak buat HIV test untuk bakal pengantin ni. Sebelum tu aku dah survey, sebab banyak klinik yang kena buat appointment dulu. Tapi tadi kitorang saje la nak usha dulu, kalau kena book terpaksa la kan, ikut je la. Dari apa yang aku baca, kalau Klinik Kesihatan kat Serdang kena buat appointment. Huhu. Certain tempat boleh je walk in. Gituu.

Kira ni redah je la, aku ngan dia terus gi Klinik Kesihatan Sri Kembangan. Masuk je gi tanya kat sorang nurse tu, kena book ke apa. Dia kata terus gi daftar kat kaunter. Wuhuu. Kira ni walk in je la, takde specific hari yang dorang kumpulkan semua buat sekali gus. Dekat kaunter tu dia tampal notis untuk HIV test tu hari Isnin-Khamis pukul 2 hingga 4 petang. Jumaat start pukul 2:45 habis kul berapa lupa pulak. Heee.

Masa daftar tu ada satu couple je yang nak buat test jugak, so tunggu la turn kena cucuk. Aku kan gedik, takut. Hahha. Masuk sorang pulak tu, menggigil hulur jari nak kena cucuk. Haha tapi sakit sikit je. Dia kata tak sakit langsung, aku kata sakit sikit. Hahhaha. Gedik sampai dalam kereta duk tunjuk jari sakit. Kejap je test tu, yang lamanya sebab tunggu giliran la. Lagipun aku sampai sebelum pukul 2. Masuk keje lambat sikit tadi hihi.

Oh, apa nak bawak masa test ni? Sebab aku ngan dia orang Ganu, kitorang memang dah standby borang pejabat agama Terengganu bagi, suruh pegawai kesihatan tu cop. Tapi klinik pun dah sediakan borang, tapi tempat aku memang nak pakai borang jabatan agama tu jugak. Dua borang la kitorang ada. Pastu pendaftaran kena bayar RM1. Test results ni valid 6 bulan, sape sape rase nak kahwin hujung tahun ni pun dah boleh buat :)

Alhamdulillah, results negatif, selesai satu lagi benda sebelum nak kahwin ni. Hewhew.

Babaii :)

2 comments:

Unknown said...

Assalamuaalaikum, tumpang tanya ye, berapa lama eh nak tunggu result keluar ?

Unknown said...

Assalamuaalaikum, tumpang tanya ye, berapa lama eh nak tunggu result keluar ?