Tuesday, 17 June 2014

Towards the wedding : Grey vs Off White

Dulu masa bertunang family dia dah siap siap tanya baju nikah. Masa tu rasa borinnnngg la dull colour, nak grey. Kebetulan, dia ngan family pun setuju terus la gi beli kain nikah kaler grey. Dapat la kain kaler grey. Sukaaa. :)

Bulan 2 hari tu kot, terbaca blog irine rasanya. Pasal nikah dress colour soft, whitey gitu. Terus terpengaruh, bila lagi nak pakai white kalau bukan nikah? Bahaha. Senang sangat aku ni. Orang twist sikit je, kang aku tukar la olive green pulak. Hikhik. Tunggu kain kapan je la, kalau raya kang aku buat baju putih termenung Abah Umi kang. 'Bakpelaaa anok aku nii' hahha.

Bgtau la dia, nak tukar theme colour nikah. Terus geleng laju laju, no no no. Tahu je la dia ni sorang, sangat la strict. Proceed with the plan, gitu. Merayu la aku, macam macam cara. Tak makan kot, last last ayat ni keluar "kalau ikut saya memang takkan tukar, try la tanya Umi (mak dia), tanya SENDIRI" sambil geleng kepala, geram dengan aku. Hahahha.

Ohemgeeee..tanya sendiri. Iols dah la segan segan ayam. Macam mane nak pujukk. Hari tu pergi rumah dia, dah elok makan kenyang, setting baik je aku duk mengadap umi dia. Hihokk. Sembang sembang, tiba tiba dtg keberanian tu. Hahha. Nak seribu daya kottt :p

"Umi, orang ingat nak tukar la kaler baju nikah, kain yang beli bertunang tu buat bertandang la mi.. Hihi"

"Pulak? Hari tu nak grey?" sambil pandang anak dia. Hahha. Ni aku boleh bayang dia tgh pandang aku macam mane, msti tak sangka aku berani. Wahahhaa.

"Hmm, bila lagi nak pakai putih mi.." *ayat sama macam atas time pujuk dia*

"Macam tu kita cari kain lain la, pasni takleh tukar dah. Yang grey tu Umi jahit bertandang"

Yahhhh--hoooo! Suka gila iols. Senang. Approved terus. Dia jeling kat aku, sampai sudah duk kata kalau dia, dia takkan layan la. Bahaha. Tapi umi awok layan kite. Hooreyy.

Set date, beli kain baru. Konon nak beli off white. Sampai kedai, yang beriya beli ialah mak dia. Aku suka, dia tak suka. Dia suka, aku tak suka. Last last jumpa satu yang sama sama suka, kain plain pulak tak santek. Tukar kain plain tu. Kaler? Hahhaa. Takde nya off white. Kahkah. Aku janji nak bayar, masa aku beriya pujuk dia dulu. Sekalii, dia yang bayarkan. Mihmih, bakal bini kot. Layan la. Bia kopak asal bini cantik. Eh?

Balik rumah belek kain, kemain dia berkenan. Ha tu la, ajak tukar tak nakk je manjangg. Kang cantik. Abah dia pun terkejut, kata white, knape white macam tu pulok? Haha. Well well. Soft colour for nikah-checked! Woohoo!

Sekian cerita baju nikah dan bertandang, both tailor made. Taktau lagi apa hasil kehkeh. Yang pening sekarang, bila baju tailor made, veil tak tau mane nak cari. Nak beli macam mahal. Buat sendiri sempat ke idokk. Alahaiii. Macam mane nii, tgh survey lagi. Minggu depan balik kg tengok kat butik tu ada tak veil kaler yabg aku nak. Sewa je la senang. Cut cost!

Ps : Doakan majlis kitaaa smooth je as planned dh start menggelabah, rasa tak cukup tangannn. Tatuttt ;'((

No comments: