Friday, 20 June 2014

Shopping dengan MyDeals!

Weehhoo. Kita pun taktau macam mana, email promotions MyDeals ni memang selalu masuk inbox kita. Kalau Dealmates tu memang subscribe la, tapi tak pernah beli. Sekadar tengok promotions, pastu teruskan kehidupan macam biasa. Hihi

Satu hari, tergatal tangan cek MyDeals punya email. Masa tu ada promotions bag Mango, tengok je. Pastu berkenan. Tapi masa tu belum gaji la, kelip kelip mata kat tunang pun buat tak nampak je. Huhu. Tak lama lepas tu, sekali lagi promotions Mango. Amboii, ni rezeki yang dah ditakdirkan ke apa. Masa tu tengah jalan kat Alamanda, kita sibuk scroll phone, sampai kena mawah. Laju laju simpan phone, sambil pasrah, tapi mencebik. Si dia ni, jenis yang tak percaya nak beli online, banyakk la benda dia tanya. Pastu kat Alamanda pun kat ada Mango outlet, dia ajak masuk situ je. Tapi takde punnn.

Masa scroll deals tu, ada 4 hours lagi sampai promotions end, sambil jalan sambil kira jam. Bahaha. Dah habis kat Alamanda, masuk kereta keluar phone balik. Tengok tinggal satu colour je lagi design aku nak. Gulp. Terus beria yakinkan dia, macam macam dia tanya, bila sampai, payment macam mana, apa guarantee, kalau tak sampai macam mana. Cakap je la tak bagi beli. Hahha.

Agaknya la, dia tak senang tengok aku usha phone, tak reti nak letak. Lepas tu dia gelak. Dia kata belilah..dah nak sgt. Tak sampai kang jgn bising la. Hohoi. Suka kott. "Perempuan macam tu la, pantang tengok promotions, asyik la tertipu" Hahaha, tak kisah la. Tak masuk kepala pun ayat awok tu. Tehee.

Scroll, check details, redemption etc etc, proceed payment and done! Wallah. Senang menghabiskan duit. Kan? Ayat aku, "beg lama dah burukk, tak pernah beli beg cantik sikit" hahhaha. Tengok postage 7 days after promotions ended. Sabo tunggu. Hari hari tunggu,sambil belek purchase voucher dorang. Tak nak la bersuara kang kena sound "haaaa kan dah pesannnnnn....." hahhaha.

Dua hari lepas, jalan ngn dia. Tetiba pulak dia tanya. "Eh beg awak tu bila sampai?" Alamak. Aku dah haru. Kenapa tanyaaa ni sibuk je. Dengan cool yang terpaksa aku jawab "Ohhh, itu dia pos 7 hari bekerja lepas habis promotions. Tak sampai lagi kannn" Padahal dalam hati aku pun dah risau, kenapa tak dapat lagi barang. Haha. Tapi, nasib baik la dia percaya, tak tanya banyak. Kang kalau tanya, terkantoi jugak aku tgh risau pastu nanti dia psiko aku lebih kang. Hahha. Pheww.

Esoknya lepas lunch, dia whatsapp aku. "Ada benda happy nak gtau nii" Berkali kali dia whatsapp, sbb aku tak reply. Hahhaa. Rupanyaa barang kita dah sampai. Terujaa nak tengok. Tapi aku post atas nama dia. Dia amik gambar parcel je. Kihkih. Saboo je la tunggu balik. Masuk kereta je, dia mintak aku bukak. Aku taknak, sebab nak surprise diri sndiri sorang sorang. Sampai terkecik hati mamat tu hah. Hehe. Hari ni pun tanya kenapa tak pakai beg baru. Hahahhaa.

Memang teruja kan kalau belu barang pastu barang sampai. Haha. Perempuan je tau perasaan ni. Hihihi. Haa, dah settle beli sekali dengan MyDeals, boleh la kot usha lagi lepas ni? Hahha. Kopakk laaa.

Itu je nak cte, sambung belek beg promotions murah je kita mampu beli. Tu pun lepas berpeluh yakinkan dia. Hahahaha.

Ok babai *tidopelukbarangbungkusbalikdalamparcelsebabsayang*

No comments: