Thursday, 12 June 2014

Ronaldo vs Christiano Ronaldo

Citenyee, aku idok ler tau sangat pasal bola kan, nama pemain yg glemer aku kenal la, tp kenal nama tak bermaksud aku kenal rupa deme. Kahkah. Tengok bola? Kalau aku tengok pun aku tak faham game dorang. Haha. Tumpang sorak masa gol je la. Hehe.

Hari tu, dia ada tunjukkan aku pasal legendary bola sepak kan. Satu era tu Ronaldo, pastu ada Christiano Ronaldo. Timbul satu persolan dalam kepala aku, nak tanya ke tak. Akhirnya aku tanya.

"Ronaldo dengan Christiano Ronaldo tu bersaudara ke? Anak ngn ayah ke, sepupu ke?"

Aku tanya tu dengan penuh harapan tau, dah memang aku tak tau. Sekali, aku kena gelak kaw kaw. Nasib la dia tak makan ke apa time tu, kalau tak aku rasa dah bersepah kot. Tengok dia gelak, ngan aku aku sekali gelak walau aku tak tahu kenapa dia gelak. Hahhahahaha.

Dah reda gelak tu, dia kata tak sangka dia dapat soalan macam ni. Sebelum ni dia ada terbaca pasal soalan Ronaldo ni, tapi tak sangka dia berdepan dengan aku yang tanya macam tu. Hahhaa. Beriya dia skroll phone, cari balik apa dia baca tu, pastu sambung gelak kat aku. Pffttt.

Dah kita taktau, kita tanya la. Hahah! Ok surrender! =p

Ps: aku je ke tanya soalan macam ni? Orang lain ada tak eh? *malu*

No comments: