Friday, 6 June 2014

Persiapan nak hidup berdua

Cewah. Rasa macam dah dewasa sgt je bila buat entry ni. Hehe. Sebab aku ngan dia dua dua stay jauh dari family, memang possibility nak duduk sekali family tu payah sikit la. Lagipun dia memang dah seronok ngan kerja kat sini, aku slow slow sesuaikan diri je la. Datang kerja kat sini pun satu sebab nya ialah sebab future plan gitu. Kehkeh. Dia sebolehnya taknak kitorang ni jd weekend husband wife nanti. So dia tarik aku siap siap kerja sini. Ceredikkkk :p

Memikirkan kehidupan selepas akad ni pun pening jugak, mana nak tambah persiapan wedding lagi. Kadang rasa nak terjun dari atap je pastu kang hari wedding putera datang kiss terus lompat bangun kawen dengan happy. Sleeping beauty sangat.

Tolak tepi dulu persiapan wedding, kita cite bab nak duduk sebumbung dulu. Dulu kan, kalau jalan memang suka menyinggah tempat orang jual barang elektronik semua tu. Time tu masuk sekadar berangan je la, nk beli peti ais Toshiba 16 pintu, mesin basuh yang terus lipat kain. Kehkeh. Berangannn sangat. Nak beli TV sebesar alam, sofa merah. Ececece. Sekaranggg, baru tau realiti. Haha.

Hari tu kat Jusco, dia heret aku cari barang rumah. Terus sengih sengih kerang kot sebab rasa 'eh ni nak cari barang rumah kite eh?' hekhek. Mula mula dia tanya:

"Barang apa paling penting nak kena ada dalam rumah kita ni? Peti ais? Mesin basuh?"

"Emm, dapur. Sebab nak masak"

"Dah tu, barang nak letak mana? Maksudnya kena beli peti dulu eh? Jom cari peti ais"

Terus menonong usha peti ais. Dia kata takyah beli yang besar besar la, sebab kita berdua je kan. Tujuan nak simpan makanan basah, sayur macam tu je. Lepas tu mark dulu mana yang affordable. Usha mesin basuh, pun dah ada yang berkenan la. Tinggal gi kutip je ni nanti. Aku tanya la dia, dapur masak? Dia jawab takpe, itu simple. Ni benda alah yang besar besar ni, yang makan duit. Kekeke. Tetiba lalu depan periuk elektrik, aku tarik la dia. Tak nak ke beli ni? Dia kata lupaaa. Hahaha, dah taknak makan nasi ke apa laki aku nanti? Pastu dia boleh kata, ni takyah grab lagi la, kot kot ada orang beli hadiah dah. Hahaha. Motif sangat kot. *mohon ada orang hadiahkan*

Lepas tu usha tv, aku kata takyah. Sebab aku jenis tak tgk tv sangat. Lepas tu astro pn takyah. Keluar pagi, balik dah malam. Bila nak tgk tv. Hahahha. Kalau nak jugak, aku suruh dia beli TV yg kotak kecik tu je. Bahahaha. Padan la, tengok tv kang bukan beria pun.

Dah list semua barang tu, teringat satu benda.

"Katil? Tak masuk list?"

"Emm, yang tu takyah la. Kite tido bawah je"

Kahkahkah. Redha la bang. Dh abang suka macam tu. Anje ikut je. Grrr. Baru nak beli cadar cantik, terus tak jadi. Eh tapi betul ke taknak beli katil ni? Huwaaaaaa.

Babai sambil nangis T_T

No comments: