Saturday, 21 June 2014

Makan di Seoul Garden, The Mines

Sebenarnya semalam krisis ngan dia. Maka hari ni nekad la konon tak nak kawan dah, nak gi makan sorang sorang. Selalunya aku akan tunggu dia kalau nak makan hari Sabtu. Hari ni sombong sikit, keluar sorang gi jalan ke Mydin. Konon nak ubatkan hati lara, retail therapy kata kau. Wahwahwah. Mydin je ponnnnn :)

Tak sempat tawaf Mydin lagi, dia dah call. Katanya dia tengah tunggu aku siap, ajak gi makan. Aku kata la aku dah keluar, taknak bagitau pun gi mana. Tapi akhirnya gtau jugak. Dan dan tu la dia sampai depan Mydin, tunggu cik adik yang suka buat perangai ni. Aku saje je lengah lengah sikit dalam Mydin tu, kata merajukkk. Bahahaha.

Masuk kereta, berdrama sikit. Kata nak makan kat rumah je, nak tapau. Dia persoalkan macam macam. Kenapa keluar sorang? Tak bagitau? Tak tunggu dia? Pfttt. Pastu dia kata jom gi makan. Aku pun sengih sengih ajak dia gi makan kat Seoul Garden, The Mines. Sebab sebelum tu tadi aku dah google, kiranya target aku bila berbaik nanti nak heret gi sana la. Wahahha.

Dia kata okay je, boleh. Lepas aku terangkan harga, buffet lunch sbb kitorang masa tu pukul 2 ptg. Lunch sampai 3:59 je, harga untuk adult RM30.88++. Okay la tu, sbb steamboat ngn grill. Sebelum ni plan nak gi Red Wok, steamboat ngan grill RM33. Jadi, aku rasa Seoul Garden ni macam lagi murah dan dekat pulak tu. Wahahhaa.

Sampai je dalam pukul 3:30. Dia memang serahkan kat aku la, sebab dia tak pernah dtg makan Seoul Garden. Konfiden aku nak belanja ni, sebab aku agak dalam 70kot sekali tax. Dia request soup apa, total RM85.40. Haha, menggelabah mintak dia tambahkan duit. Kahkah. Rupanyaa, harga buffet tu tak termasuk sup ngan refillable beverages. Gituuu. Aku takut dah, takut nanti dia marah sbb aku gtau harga lain. Kehkeh.

Duduk dekat sebelah satu couple ni. Tengok muka dia macam tak selesa je, ye la meja tu dua kan, tapi sebelah je takde privacy. Melilau dia cari meja lain, tapi full house kot. Layankan ajee, yang penting kita gi kutip segala macam makanan yang ada. Kehkeh. Bimbang jugak dia complain, bayar mahal, tempat tak best, makan tak sedap ke hape. Pheww. Tahu je la, dah la baru lepas gaduh. Kahkah.

Bila dh start grilling ngn masak tu, baru la nampak dia senang hati sikit. Legaaa mak. Kalau tak masam je. Asyik la ke hulu ke hilir amikkan air, amik ayam daging etc etc. Lepas tu buatkan kita cendol. Awww, sweet jugak. Mesti dah lupa hal gaduh tu. Mihmih. Nampak tak macam mana makanan menyatukan kitorang? Dasarr sangat.

Selagi boleh sumbat aku sumbat. Aku rasa juara makan hari ni aku la kot. Dia dah menyandar surrender, aku boleh bangun kutip kuih lagi. Hahhaha. Sebab tamak, ais krim pun tak habis. Teruk perangaii nih. Bagi makanan hadam sikit, baru la jalan. Tu pun menapak dua tiga langkah dah mengah. Hahhaha. Padan la, ni bekalan sampai ujung bulan ni. Kalo minggu depan orang start puasa, aku dah start esok kot! Bahahaha. Sape suruh, hujung bulan menggedik gi makan macam baru gaji. Iskk.

Usha barang rumah sikit, lepas tu masuk Giant. Dah ada pun barang nak beli, memang dah ambik pun. Pastu dia mengadu sakit perut, berlari cari toilet. Hahhaha. Dia datang Giant balik aku pulak gi toilet, sebab tak tahan banyaj minum air. Mihmihmih. Bila dah balik semula konon happy la nak sambung jalan. Dari jauh aku nampak muka berkerut dia. Sengih sengih bawak bakul isi barang, pastu dia kata "kita datang lagi lain kali boleh? Tak tahan la sakit perut nii" Bahaha. Okayy, kita balik laa. Kesiann. Dia kata toilet situ tak syok, sebab paip tembak bontot. Hahha. Yelaaa, macam tak cukup tanah menapak gi kereta hahhaa.

Perut dia manja, salah makan sikit siap la. Jamban la tempat mengadu. Kalau aku takpe, paling lama pun perut dia dah okay baru la perut aku buat pasal. Kihkih. Biasa laa, perut brutal. Sumbat je apa, cool jeee. Berlagak pulak. Hahha, banyak benda pelik dia makan tadi, sape suruh. Ikan keli la belut la sushi la sotong daging ayam lala macam macam. Mana tak meragam perut awokkk. Cuba jadi macam saya, memilih makanan berkhasiat je kot. Kahkah.

Terus berbaik, sebab apa? Makanan la. Ish. Banyak betul fungsi makanan ni, kalau tak dapat boleh bawak gaduh. Kalau kena dengan kehendak, tengah perang pun tetiba jadi sejuk. Kihkih. Aku ngn dia la. Orang lain tak tau macam mane. Hahhaha.

Babai :)

No comments: