Sunday, 22 June 2014

Kita bangga cakak Ganu

Haha. Aku kalau menulis bahasa memang standard je, kang kalau jumpa depan depan terus tahu iols pantai timorian. Hikhik. Slang tu ada, lgpun aku memang tak cover pun.

Teh ais satu! *selingan hahhha*

Dekat ofis memang selalu kena bahan pun, dengan semua orang aku cakap bahasa Ganu. Haha. Kadang sampai ada yang cakap 'ntah faham ke tidak tu awak kata apa Hannan oii' sebab aku cakap Ganu ngn cina hahhaha. Kalau customer call pun, aku guna je bahasa aku. Liat la lidah, bangga apa hhahaa.

Selalu jugak aku gi bercakap dengan ofismate aku orang Johor sorang tu, yang duduk depan dia gelak je la manjang sepanjang aku cakap ngn dia. Dah macam ayam ngan itik katanyaaa. Kehkehh. Bialaaa.

Kalau ada yang tanya soalan kat aku kan, bila aku jawab 'dok tahu' mula la dorang tanya lagi tanya lagi sampai aku tukar jawapan jadi 'tak tahu' hahaha. Dasarr sangat nak membuli iols yang homey hangat ni tauu.

Haha, malas nak heran sangat nak adjust bahasa ni, asal orang faham cukup la kot. Tak faham, diam. Jangan tanya banyak aku lempang karang. Kalau dia lagi la, dengan foreigner pun dia cakap Ganu je, angguk angguk geleng geleng je la dorang. Kalau aku tengok pun aku gelak besar. Sebab tak pasti la dorang faham ke tak. Dia kisah pulak, dengan semua oranggg dia cakap gtu, kadang dia yang buat orang lain cakap Ganu jugak. Kahkah. Pernah la ajak dia praktis cakap standard kan, mau nya kitorang gelak berdua. Tak sesweiii.

Hari tu pergi Watsons tau, dah nak bayar kat kaunter tu, si cashier ni tanya la. 'Ada duit kecik tak?' Laju laju dia jawab 'TAK DOKKK'. Haha, papp, terus tangan aku singgah atas bahu dia, takdokk la sangat awokk ehh. Cashier dah gelak, pastu siap tanya kitorang orang Kelantan ke. Hahha. Ganu laaa. Bila aku tanya dia kata tu drastik, terkeluar. Tapi bunyinye tebal sangat 'TAK DHOKKK' Kahkahkah.

Selagi maksudnya sama, selagi orang faham, majukan la bahasa negeri kita. Mihmihmih. Tapi sebelum tu, kita minum kopi ais satu! Ke kopi pengg? Ke kopi bengg? Still dapat minuman yang sama kan? Hahhaha. Krikkrikrik. *kawankitajanganmarahtau*

Ok lah, nok tido doh ambe ni. Malas nye nok kije esokk. Babai :)

No comments: