Saturday, 17 May 2014

Tahan dulu nafsu..

Sejak kebelakangan ni, memang asyik lah kempunan. Sobsob. Bukan la kempunan makan, tapi kempunan nak memenuhi kehendak sendiri. Wuwuwu.

Ada la satu masa tu, aku terperasan sale dekat satu website ni. Cantik, murah je pn nama pulak sale kan. Snapshot, aku forward la gambar bag yang aku suka tu pada dia. Respon dia 'beli la, cantik'. Ececece dalam hati aku berbunga la, siap fikir nak matching baju apa semua. Hahah. Jumpa je dia kan, dia cakap tak payah la beli, next time tau. Hold dulu nafsu nak membeli bagai tu. Heh. Beberapa hari lepas tu, aku nekad la nak jadi degil sikit, nak beli jugak. Slow slow bukak website tu sekali OUT OF STOCK. T________T Okay laaaa, bukan rezeki.. Huuu.

Lepas tu baju, baru beria cakap 'eh ada baju cantik...' terus dia potong 'jangan mengarut boleh tak? Banyak lagi benda penting nak buat kan, sabar je lepas ni beli la nak beli apa pun. Sobs. Walaupun tau takleh beli, tetap usha balik websitu tu dan sama jugak, baju tu dah sold out. Huwaaaaa. Akaun bank yang nak memudahkan transfer duit untuk online shop kan dibekukan. Aku cakap je nak transfer la masuk acc ni, nak senang membeli. Terus dapat NO seketul. Haha. Tegas sangat eh sekarang bab nak enjoy, tapi kan...dia takpe pulak beli kasut sukan beratus. Barang aku nak beli lagi murah kot. Tak adil je. Isk.

Kadang kan, aku saje je nak buat dia angin ngn aku, request nak itu nak ini pastu mula la dia buka kitab 'betapa pentingnya belanja berhemah disaat ini' hahahha. Sebab dia ni bukan boleh pakai sangat, pujuk lebih sikit, nanti hujung hujung boleh je dapat green light. Tapi memang banyak betul pun dia cakap, banyakk lagi benda boleh buat. Yang nak enjoy tu letak tepi, tahan nafsu. Buat priority--dalam terpaksa. Pffftt. Kehkeh.

Eh hari tu ada la sembang sikit, pasal barang apa tak settle lagi. Tengah sembang tu aku request nak tart. Terus kena sound. 'Eh time org sembang ni dia boleh plak request nak tart la, nasi goreng la apa la'. Bahahaha. Dia marah iols tak serius. Lepas tu jumpa kan dia tanya la aku;

"Okay, nak gi mana kita ni"
"Emm tak tau la"
"Nak makan ke nak gi mana ke?"
"Taknak la cakap pasal makan, nanti request nak apa apa mesti tak layan. Orang request tart pun kena"
"Hari tu kan tengah bincang. Ok sekarang nak gi mana?"
"KFC"

Bahahaha. Dedua gelak besar, tadi konon eksyen takmo request makanan. Haha. Nasib baik sayang, layankan jugak ye. Hikhik. Pastu asyik duk ulang 'ish budak ni, nasib baik sayang' ececece. Shukeee angatt. *gedik*

Tahan dulu nafsu, nanti lepas majlis aku lepas je segala jenis nafsu yang ada. Opss. Hahah. Byeee.

P/S : yayyy, esok roadtripp yahuuu :)

No comments: