Thursday, 29 May 2014

Rayu Motivasi

Hari ni tiba tiba rasa overload dengan kerja. Gila gila punya stress. Mungkin sebab pembawakan bulan jugak kot? Kahkah. Sambil buat kerja sambil ketap bibir, tunggu time balik je memang dh set nak blah je. Sebab kalau aku stay pun taktau nak sentuh mana dah. Sampai jd blank macam tu. Iskk. T______T

Masuk kereta je pandang Tunang terus rasa tu membuak buak. Mula mula dia tanya aku join tak movie night malam ni, company blanje kan. Laju laju geleng, dengan emosi macam ni haromm la iols nak gi enjoy bagai. Pfft. Sebab tadi dh gtau kata stress, dia pun faham.

"Ok, cerita. Kita dengar"

Dengar je macam tu terus air terjun melimpah. Hahaha. Tank dah penuh kot, saat saat akhir tadi buat kerja sambil berlinang. Nampak tak nampak je dah skrin tu. Emosi angat. Hahaha.

Cerita la kat dia, apa jadi hari ni. Tekun dia dengar, thats one of the best part of him--a good listener. Heww. Sambil teresak esak tu sambil cerita. Taktau la dia faham ke tak. Bahahaha. Sampai makan pun taknak. Terus balik je. Lepas siap cerita tu dia pesan la, ni biasa..mental kena kuat. Eh tapi kita tak kuat, terus nak berenti kerja, naj meniaga nasi dagang je kat sini. Ambitious tak aku? Huhu.

Aku jenis yang proper punya orang tau. Ecece. Systematic kinda la, sebab semua benda la, kerja ke apa apa ke, aku akan list. Aku akan mark priority. So aku nampak apa aku nak buat. Kes tadi tu, sedebuk serang bagi kerja, aku pening which one to start first, macam manaaa. Sedangkan masa tu ada keje tgh progress. Selalu aku take time, relaks jap plan balik. Tp tadi na-daaaa. Kulihat hitam. Hahhaa. Terus sedih overload kerja. Haha. Blame the hormones! Dia pesan, kena kuat mental, kena belajar multi tasking lagi ni. Jem bila banyak sangat. Huhu, tengok la kalau kita lama kat situ. Uhukkk.

Lepas rasa emosi dh stabil balik, dia kata ada benda nak gtau ni. Tapi dengar je, jangan fikir macam macam--dia pesan. Ok cuak.

"Tadi ada org ckp, kata saya tak bagi awak overtime"

Ehh? Macam tu pun ada? Kahkah. Aku ngan dia siap gaduh kot pasal OT ni, sebab dia selalu suruh aku OT, tapi aku prefer efficiency. Gitu. Memang la jarang je aku OT, sebab aku selalu siapkan kerja ikut time. Yang nak cepat, aku buat cepat. Unless takde pilihan sangat. Hello, iols baru 3 bulan kerja, so kerja aku time banyak tu banyak time takde tu mengantuk gila tunggu balik. Ada jugak yang gedik bawak mulut macam tu? Kaitkan tunang kite pulak. Isk. Kita tak kacau kerja org pun, saje la tu. Takde benda nak cte. Hempuk kangg. Grr, kalau OT tapi melangut je ngadap pc aku jadi tak sedap hati. Huhu.

Ni la susahnya bila kerja kait dengan org atas jugak, terus nak condemn kita bawak skali dia yg atas tu. Ish. Mentaliti apa tah. Menyampahhh pulak. Ni kalau aku ada masalah apa apa ni confirm sampai kat tunang aku dulu ni, confirm sangat. Gewwan pulak. Aku ugut bos aku kata nak half day pun dia ugut aku balik kata nak gi cari tunang kita. Cari laaa. Cariiii.  Bahahahaha.

Terbebel banyak pulak. Mata dah pedih, banyak nangis. Tapi kan masalah kat sini ialah aku ni lembek, apa apa je nangis. Orang bagi kerja aku saukk je, sudahnya aku nangis. Takde nak kata tidak. Susahnya jadi aku. Eh? Hikhik.

Takde ke sape sape lagi nak bagi kata kata semangat kat kita? Haha. Taknak kije dah, esok nak belajar buat nasi dagang ngan umi. Nak meniaga. Hahahhaha.

Bye.

No comments: