Sunday, 11 May 2014

Pertama kali masak spaghetti

Ececece. Sebenarnya tekak aku memang tidok la tekak western. Gi mana mana pun memang nasi la yang dimintak. Memula belajar makan spaghetti ni memang rasa euw la. Bahahaha. Sebab kan dia ala ala masam gitu, selalu aku makan sekadar amik hati. *kakak masak* Bila tanya aku jawab je sedap. Pastu makan mi tu saje, kuah aku tolak tepi. Konon konon tambah, pandai kan amik hati. Kekekeke.

Tapi kan, ada la beberapa kali makan yang rasa eh sedap jugak benda ni kalau ala melayu, tak masam sangat pastu pedas. Lepas tu pulak tercuba spaghetti aglio e olio apa nama tah hari tu, macam okayy je. Terus jatuh cinta. Macam mi sedap. Pedas dan ada kriuk kriuk tu hahha. Baru ni pun makan yang office mate buat, boleh la telan, tak rasa masamm sangat, tak muak. Gituu.

Sebelum balik hari tu, sibuk la cari resepi. Mintak dengan girlfriends, mintak dengan google. Printscreen semua apa aku nak masak bila balik kampung. Sini aku tak masak ye. Masak pakai duit ngan jari telunjuk je. Hihi.

Balik kampung, gi kedai beli barang semua, mula la operasi aku. Spaghetti ala kampung. Adik adik pun macam excited la nak makan, harap Umi nak masak ni memang tak la. Aku masak ala kampung je. Huhu. Tapi takleh pedas sangat sebab ada dua budak tecik nak makan jugak. Mama dorang dah pesan kot, isk.

Kakak aku kan pandai masak ni, tapi aku dengar jugak cara dia tapi tak ikut pun. Bahahaha. Aku ikut kwn kwn dengan google. Sebab, Along buat masam. Tak shukeee. Dia tak pakai sos cili tomato bagai, tapi aku bubuh semua. Jangan kacau iols masak. Oh aku pakai sos spaghetti kimball sajo.

Sap sap soi, masak. Jeng jeng jeng. Along makan bertambah, adik adik pun makan, anak sedara makan sambil minum air. Alamak, aunty letak dua biji cili je kot. Iskk. Tapi kan, aku pun takleh makan banyak sangat. Muak jugak kalau menambah. Memang akan muak ke? Ke bahan aku guna buat muak? Kakak aku relaks je tambah, siap makan yang anak anak lagi. Hahaha. Eh aku rasa dah sedap kot. Hihihi. Abah Umi memang tak sentuh langsung la, dah tau sangat bukan selera diorang. Redhaa. Takpela at least tercapai cita2 nak masak sendiri spaghetti tu. Pasni nak belajar aglio e olio pulak dengan bli mi yang kasar sikit. Baru crunchy. Hahaha. Aku terbeli yang halus.

Esoknya buat popia daging, masin sikit sebab terlebih garam. Tapi kan, Umi tak suka sangat sebab dia kata dia tak kenan ngan daging lembu cincang tu. Rasa lembu sangattt. -___- Ni yang malas masak, Umi tu banyak nau komplen. Kang tak masak bunyi la, 'teringin nak makan anak anak masak' hahahhaa.

Hahaha. Yang penting, iols cuba. Gigih kot. Yuhuu.

Bye :)

No comments: