Saturday, 10 May 2014

Nak gelak ke nak marah?

Hari ni kan Sabtu, aku tak kerja tapi dia kerja. Hihokkk. Maka pg pg lagi aku dah bangun, tak tau nak buat apa. Berlagak sgt weekend katanya. Bahahaha.

Dah agak agak pukul 12, aku gi la mandi. Sebab sorang tu takleh nak agak. Kang tetiba balik kerja terus terjah datang sini jemput iols makan la apa la. Mandi duluu. Siap je mandi, tunggu jugak la dia invite ke, ada plan apa ke. So takde aku buat bodoh je la. Nak ajak, malas. Biar dia ajak. Hahaha.

Tak lama pastu tetiba tanya 'dah siap?'. Oiii, kan dah kata, takleh jangka. Kelam kabut la bersiap lagi pulak bila aku kata dah siap, dia kata okay turun la. Lagi gelabah, aku takleh orang tunggu aku. Mula la terlupa nak gosok gigi la, nak pakai deodorant la. Hahha. Time kata dah ready tu sbnarnya tak ready sgt sbb tudung tak habis lilit. Gatal nak lilit, padan muka.

Turun la sambil bahu galas beg, satu tgn pegang sampah dengan botol air nak refill pastu satu tgn lagi peluk bakul laundry *hilang comel kejap*. Sampai bawah tu ingat dia dah ada, rupanyaa otw. Pfttt. Sakit pulak hati kita tau!

Dalam kereta, memang patblas kali la aku lilit tudung. Wahahaha. Dia kata bila nak siap tah ni, sape suruh gatal nak lilit. Kan susah. Amboi sempat bebel. Eh tapi dia ni memang cakap je mane dia tak suka tgk aku pakai. Tudung bawal ok, dia suka. Shawl kalau lilit2 melekap kat muka tu dia kurang suka, tudung endon jgn dipakai lah ye. Tak berkenan langsung. Padahal aku rasa sweet je pakai tudung tu. Gagaga. Kalau aku lilit bawal tu dia kata comel, tp kalau pakai segi tiga biasa lagi comel. Iskk. Cakap je tak sukaa.

Dah banyak kali sangat aku lilit, baiki kat bahagian muka tu, tetiba dia bersuara.

'eh awak pakai macam zaman budak hari tu la, alaaa ada macam dalam gambar tu. Straightt je panjang muka' *sambil buat gaya spt dikata*

Aku terdiam, terfikir. Eh ni gamba mane dia maksudkan. Pastu teringat gambar ic darjah nam aku. Bahahaha. Terus tanya dia, pastu dia gelak. Gambar tu la dia maksudkan. Aku pandangg je dia, nak lempang kang sayang. Lepas tu ngan aku sekali tergelak. Dia kata salinan ic aku yang tu ada ngan dia, memang gelak tiap kali tengok. Pfttt. Kuwasam tunang! Takpe la at least sy memang mampu buat awak happy kan? Kahkahkah.

Lepas tu td ambik barang dalam beg, tetiba terkeluar satu gambar aku. Gambar passport. Gambar tu aku pakai tudung endon, sbb rushing time tu.

'eh ni gambar mak sape ni?'

Pastu gelak. Hoii jahat gile kot. *nangis* Tapi kan, tu la tak tau nak gelak ke nak lempang. Gambar yang tu, even adik aku pun cakap 'eh angah sama la macam Umi, sebijik. -_________- Pun boleh la, pun boleh. Anak umi kot. Hahah

Bye :)

No comments: