Wednesday, 7 May 2014

Hello May!

Aww. Lama rasanya tak mengarut sini. Heheh. Pejam celik dah masuk May pun, baru je minggu lepas balik kampung pulak. Rasa macam baruuu je balik dengan dia hari tu. Tak lama lagi dh nak masuk Ramadhan pulak, puasa dh habis ganti ke? Kite dahhh :)

Dalam sibuk kerja, pening fikir wedding lagi, sempat la jugak settlekan mana mana yang penting dulu. Dah boleh tick dekat few items. Hihi. Hari tu la, macam wake up call bila Nunang kata 'eh tak lama dah ni tau, bulan puasa nanti kalau boleh dh duduk diam je, settle semua'. Hahah. Terus call sana sini, booking sana sini. Baru la nak sedar. Isk.

Kerja pulak ada rasa down sikit. Bahahaha. Padahal memang selalu down je. Sebab kawan kite yang sama masuk kerja sekali dah berhenti laaaa. Alaa sedih sangat. Selalu kalau lost, lost berdua. Sekarang? Terjunla tupai dengan almondnye. Eh? Kadang memang selalu la ngadu kat Nunang kan, kata taknak kerja. Jawapan dia mudah je, 'okay, esok masuk ofis bg notis 24jam pastu balik ye'. Hmm. Tak tau tu perli ke apa. Bahahaha -________-'

Mohon diri ni bersemangat sikit! Hahah. Semangat bila tengok dia datang department kite je, terus rasa nak buat kerja laju laju. Hahaha.

Ok bye!

No comments: