Monday, 12 May 2014

Facial dekat Slimming Santuary

Sejak hari tu lagi pakcik sorang tu ada tanya pasal nak buat men facial. Makcik sendiri tak pernah buat facial, macam mana nak tau. Isk. Dia duk tanya aku, kalau dekat spa ada ke? Eh eh memang kita ni kaki spa. Sepak kang -__- Memang iols tak tau la kan tapi cakap kat dia ada kot, zaman sekarang kan semua ada. Tinggal bukak google je cari, pastu waze pastu pergi. Simple kan? Hahaha.

Beria nak gi buat facial, kalah la kita nanti. Takpe la, lagi pun tengok semua jenis head yang kat hidung dia tu pun terasa gewwannn je nak picit. Taklehh betul kalau tenung mesti gatal tangan nak picit. Sudahnya dapat la hidung badut. Kihkih. So aku tak menghalang pun dia nak facial ke spa ke sauna ke manicure ke pedicure lantak lah. Metropolitan sangat. *jeling*

Hari tu dia ada bgtau katanya ada like page dekat fb pastu dapat satu promo facial kat slimming santuary. Kita pernah la dengar nama tempat tu, dulu dia ada tawar slimming session RM38 kot. Tapi takdela kita join pun, sekadar tahu. Wuwuwu. Facial promo tu harga dia kurang RM50 so dia tanya la aku worth ke tak, boleh ke cuba? Dah booking tarikh, masa semua baru nak tanya kita pffttt. Pergi je laaaa.

Sebelum buat facial tu harus la bawak kita isi perut dulu pastu berkira kira nk drag kita along ke, nak hantar balik ke nak campak gi Jusco Cheras Selatan tu je. Sebab proses tu dalam 2 jam. Katanyaaa. 2 jam macam sekejap je jadi kita decide nak tunggu dia kat slimming santuary tu. Sebenarnya dia berkira kira nak ajak aku ke tak sebab aku ni jenis panas bontot tunggu lama lama kang muncung panjang terlebih pulak. Hahah. Tapi sebab aku setuju, maka jom la kita!

Sampai je situ, memang betul berdepan dengan Jusco la kan, dalam hati dh set kalau dia lama nk g Jusco la hihi. Masuk je dia register pastu terus masuk consultation room kot, kita tunggu luar sajo. Sobs. Duduk situ pastu datang sorang staff bagi kita air. Atototo. Terus rasa macam bagus layanan dorang ni. Tempat tu pun selesa, dengan music background yang nyaris nak buat aku terlena. Wiwiwi. Dia kat dalam aku tak tau dah apa cte.

Masa berlalu, memang rasa krem gak la vontott dah. Tunggu keluar tak keluar. Nak g Jusco macam dah nak malam. Staff tu cakap memang lama sikit sebab dia tak pernah buat facial kan, so proses tu jd panjanggg. Huwaaaa. Almost 3 hours macam tu atau lebih kot, keluar la dia sambil sengih sengih pandang kita yang dah start nak tarik muncung bahaha. Nak je aku tarik dia terus balik, tapi sempat lagi staff situ promote 1 year facial treatment worth 1k plus kot. Ishh. Opkos la dia tak amek. Kalau dia amek memang nak kena ngan aku la. Kita nak beli baju, handbag baru pun semua kena hold sekaranggg, nak kahwin katanya. Pfftt.

Masuk kereta, sempat jeling muka beliau. Dah bersih nampak hidung, clear je. Dia siap tambah another RM60 untuk apa entah, vitamin ke apa dah lupa. Alaa, sebenarnya benda tu biasa. Another complimentary treatment charges, atas kita la nak amik ke tak. Pastu dia akan cakap la kalau tak amik nanti kulit menggerutu la apa la pastu dah takut and amik. Bahaha. Contoh eh contoh. Eceh.

Dia suruh la aku komen masa tu, tapi sebab aku marah lamaaa sangat tunggu aku pilih untuk merajuk. Bahahaha. Tapi dah puji awal awal cuma taknak puji lebih. Hihi. Hoi, tapi nampak la beza lepas buat facial tu, bersih je kulit. Sampai sekarang takde segala jenis heads tu kat muka dia.

Worth every penny I must say. Lepas tu dia pun takut jugak la kan kot lepas facial ni nanti jadi lain kat kulit dia pastu nak kena datang buat treatments every month. Masak laa. Tapi sekarang dah sebulan kot, okay je. Boleh kata memuaskan kot. Hihik. Nanti aku la pulak nak try. Bahahaha.

Untunggg aaa gi buat facial, gedik je. Nak cantik macam kita la tu. Jeles. Bye :)

No comments: