Tuesday, 22 April 2014

Tukang Laundry Malas

Atas sebab tertentu, baju aku semua Nunang basuh. Wiwiwi, aku kan manja, dia takut la nanti tangan iols kasar. *muntohh* Hihi, sebenarnya dia yang volunteer nak basuh, aku hanya penuhi permintaan je. Hahaa. Segala jenis adik tu aku basuh sendiri yee,suruh dia kang terkejut tengok saiz. Hihikk.

Sebab ada orang nak basuh, aku belikan sabun je. Memula dia nak pakai sabun dia je tapi aku kan bertimbang rasa. Sudahla suruh dia basuh, lg nak pau sabun dia. First time dia basuh baju pakai sabun aku tu, esoknya dia gi beli sabun sama. Sebab wangi, satu rumah boleh bau. Hahah. Saje tiru aku la tu. Nak baju sama bau. Sabun attack yg sekali softener tu je kot. Wangiii mihmihmih.

Petang tu dia hantar la baju baju aku. Terkejut tengok siap lipat kot. Terus rasa sayangg gile kat dia, tinggal susun dalam lemari je. Huhu, teruk perangai perempuan ni. Memang servis laundry terbaik la. Sape nak dobi pm aku tau. Hahhaa. Tapi kannn, tapiiii.. Masuk semalam dengan sekali sebelum ni kannn.... Baju aku dia tak lipat dah. Huwaaaaaaa.

Hari tu la, dia rushing nak hantar baju kat aku, dia kata la sorry tak sempat lipat. Aku yang jujur ni jawab la 'eh takpela, kite tak expect pun awak lipat, terkejut tengok terlipat elokkk je'. Salah aku la kot ni, terjujur jawab macam tu. Huwaaaaaa. Punyala malas lipat baju, sehelai aku lipat, sejam aku online. Nak siap satu bakul tu---seminggu! Wahahahaha.

Dah pasni taknak hantar baju kat abang dobi tu dah, nak cari abang dobi lain. Heheheh.

Bye!

No comments: