Tuesday, 8 April 2014

Towards the Wedding : Kursus Pra Perkahwinan

Sebenarnya, dia lebih suka aku tulis Malay tau, aku tau sangat. Hahaha. Sebab kalau merapu lagi sampai la kata orang. Layankan aje, dia kan pembaca setia. Hahaha.

Tiga minggu lepas kot, dah settle dah kursus pra kahwin kitorang yang selama ni memang duk kena push suruh pergi sudahnya pergi berdua jugak. Nak clingy aje tau. Kursus ni wojib eh, sape sape nak kahwin tu, ataupun yg dah kahwin overseas tak sempat kursus bila balik Malaysia kena attend la kursus ni. Gitu.

Kitorang pergi daftar walk in je, takyah book tempat earlier ke apa. Dtg, bwk duit, daftar pastu tadah telinga dengar ceramah. Sorang kena bayar RM80 untuk kursus yang makan masa sehari setengah bermula Sabtu 2:30 petang sampai la Ahad 7 malam. Ahad start pukul 9 pagi. Eh lupa, aku buat ni area KL so JAWI bg authority untuk swasta yang handle kursus ni. Kalau tempat lain, kena book dengan pejabat agama la. Selalunya minggu ni book, bulan depan baru dapat join kursus. Sebab tempat terhad.

Ada 12 jam sesi ceramah tau, nak mendidik pasangan yang nak kahwin ni atau pun macam bagi ilmu ilmu asas la. Sabtu tu ada dua slot-4 jam ceramah. Pastu yang lebihnya sambung Ahad. Ahad seronok sikit sebab ada makan makan. Hahaha. Ada breakfast, lunch dengan high tea.

Pengisian ceramah memang bagus, mostly penceramah datang dari pejabat agama. Some of them memang kelakar sampai rasa tak sempat nk rehatkan rahang, asyik gelak je. Aku perhati jugak reaksi Nunang time ustaz buat lawak kan, tapi tengok dia sempoi je. Gelak sikit. Bila aku tanya tak kelakar ke, dia jawab segan la nak gelak kuat kuat. Ececece. Ada jugak la yang steady je kadang kadang rasa macam nak tertido. Hahha.

Tempat dan kemudahan? Aku pergi dekat pusat kursus kahwin Jom Kahwin.com dekat Alam Damai. Surau, toilet semua okay. Tapi time tu ada masalah air la. Beratur jugak la nak amik air sembahyang. Yang lain lain bagus, bersih pastu air cond. Tu yang jd layu je bila slow pitching ustaz. Hahah.

Banyakkk ilmu kitorang dapat masa pergi tu. Alhamdulillah. Lepas je kursus Nunang terus je cakap, nak berubah la pasni. Macam banyak lagi je yang tak sempurna. Haa, nampak tak? Terkesan la tu dekat dia. Aku suka je. Hihi at least dapat manfaat. Pastu kan, info menarik aku dapat masa kursus tu ialah tahap kritikal lepas kahwin adalah 5 tahun pertama. Dilaporkan banyak kes perceraian berlaku dalam tempoh ni. Tough stage la, lepas tu Insya Allah dah stabil. Bile ingat balik, kadang benda simple je boleh buat pasangan bercerai berai tau. Nauzubillah.

Settle dah satu benda nak menuju gerbang perkahwinan ni. Ececece, gerbang gitu. Wahh, aku tak rasa pun macam nak kahwin. Awal lagi ke? Padahal tambah tolak sikit je lagi kot. Hmmmm. Kelam kabut la pasni. Kad pun tengah dalam proses nak buat.

Eh lupaaaa, sijil kursus kat tempat aku boleh ambil seminggu lepas kursus. Maksudnya, minggu depan datang lagi ambil sijil. Kalau nak suruh orang lain ambilkan pn boleh, asal dorang tau details kita. Pastu kata la terlepas satu slot ceramah kan, sure la takleh dapat sijil, tapi boleh arrange balik dengan organizer nk join slot yang tertinggal tu minggu berikutnya. Senang kan? Dah lengkap 12 jam baru la sijil boleh keluar.

Takde pun ujian ke test ke macam setengah tempat aku tau dia bagi macam soalan masa akhir kursus tu sebab nak uji pemahaman peserta. Dekat Jom Kahwin tu takde, dah habis slot akhir, boleh terus kahwinn.. Ehh, bersurai. Hihi

Takat tu dulu update towards the wedding ni, nanti kang iols merapu lagi. Hihokk. Bye!

No comments: