Thursday, 17 April 2014

Selipar Jepun Itu

Heheh. Asal cerita je mesti pasal diaaa je. Dah memang itu je yang ada, belasah je. Hihi. Sape nak cerita pasal kite ni? Awk, mohon buat belog jugak. Eh..

Dia ni jenis yang sempoi yang kadang aku rasa terlalu lalu sangatlah sempoinya. Pernah jugak la aku keluar dengan dia, dia jadi segan. Haha. Sebab katanya iols lawa dia pakai comot je. Tp mmg takleh nak buat apa dah, nk comot pn jadi lawa jugak. *ketukk kepala* shush, mohon jalan jauh sikit. Hihikkk

Dia ni kan, kalau pandang dari atas, segak aih. Rambut kemas dengan gel nye 3 botol, baju pn okay walau 5 ringgit haha. Sampai je kat kaki, terus rasa nak lari. Bahahaha. Tunang sape la camni. Selipar jepun je kot, faveret. Tak kisah la nak pakai selipar jepun, tapi dia ni punya unik. Hahha. Dah berapa kali putus, sumbat balik, pakai balik. Haus je aku nengok. Selagi boleh pakai katanyaaa. Kawan kawan semua dah tegur dia, beli la selipar baru, geram tengok dia macam tu. Hahha

Jalan ngan dia, lalu je kedai selipar kang aku berhenti la. Dia? Menonong, tak layan kot. Hoi, beli la selipar baru,seploh hengget je kot. Ish. Duk pakai la selipar dia tu yang dah tak berapa layak nak menapak. Hahahha. Itula tunang kita, couldn't care less. Lantak laaa.

Hari tu la, aku jalan sorang gi Mydin. Sebenarnya tak tau nak beli apa, tapi terpandang pulak fippers eh yg tergantung tu. Terus teringat selipar dia. Belek belek jumpa saiz terus ambik bayar. Gantikan selipar dia tu hahah. Kalau tunggu dia, alamat nanti bile dah tapak kaki pijak tanah baru la nak beli, kot?

Petang tu jumpa dia, bagi la surprise. Kemain happy dapat selipar baru. Sadis betul, bukan taknak beli, saje je nak buat aku kesian. Kan aku dah beli. Hahaa. Tak henti berterima kasih hah. Katanya baru je plan nak beli yang baru. Ececece. Pandaii je cover. Heh.

Lepas tu dia bukak la selipar lama tu, baru la aku nampak betapa uzur sangat dah selipar tu. Hahaha. Fippers kan tebal, selipar dia tu aku rasa dah nipis gila senipis kertas je kot. Siap ada lubang lubang. Katanya sejuk je bila pijak air. Yela, mana tak sejuk dah air mmg kena kaki. Baik takyah pakai selipar. Pasal nak tergelincir tu, takyah cakap laaa. Memang dah selalu. Wahahaha.

Terbongkar la rahsia kata selipar tu dia dah pakai dua tahun. Omgggg. Dua tahun? Kalau aku kan, mesti dah ganti selipar patblas kali. Hahha. Lagi, selipar tu member yang bagi masa dia gi trip dua tahun lepas, selipar dia putus. *tepukdahi* Tak tau nak gelak ke nak lempang. Aku mintak la selipar tu nak campak je dalam tong sampah kan, cepat cepat dia alih letak kat seat blakang kete, dia kata nak simpan, nak frame. Pffffftttt. Dia tak bagi aku buannnggg. *nangissss* Tak faham betul, ke gf lain bagi? Aiyakk.

Nak snap gambar tapi takyah la. Tak layak masuk blog selipar dia tu hahhaa. Dah pakai selipar baru, baru la nampak elok sikit, kalau tak.. Ibaratnya jalan ngan aku seperti Cinderella dengan Popeye! Eh? Hahhaha. Gurauuu. Sekarang baru la dah jadi prince gituu :)

Eh td kan dia belikan kita kek tiramisu tu. Apa tah nama dia, truffle? Ke apa yg banyak krim je tu. Hahhaa. Mungkin nak balas breakfast kita bekal pagi td tak? Sekarang dah jarang dia buat benda tak jangka gitu, masuk kereta je kata saya ada belikan something untuk awk. Hahahha. Tapi tadi suka sangat dapat kek, katanya tau aku suka. Ecece. Sweet angat.

Kbye, tdo jom!

No comments: