Wednesday, 16 April 2014

Home!

Minggu lepas kan, kita balik kampungg. Hiks. Setelah lama bertahan berjauhan, akhirnya balik jugak walau sekejap. Hehe.

Sebenarnya dah beberapa minggu sebelum jugak la plan nak balik, nak naik bas je. Tapi Nunang tak bagi, dia kata tunggu dia. Sebab katanya dia ada kat sini, biarkan kite naik bas balik kampung dia rasa bersalah. Atototo. Homey angat la dia tu. So minggu lepas balik la berdua dengan dia. Gituu. Tenchiuu pumpkin!

Sebelum balik tu, singgah dulu rumah makcik dia dekat area zoo negara tu, amik barang. Penuh la kat belakang tu dengan kotak kotak doorgifts :) Untunggg aaa ada makcik sponsor doorgifts. Huhu. Makan bihun goreng dulu, sbb mmg dia punya plan taknak singgah mana mana pun. Nk straight je, padahal.. Baru jalan sikit dh tercari cari benda nak kunyah. Berenti la dekat Genting Sempah, kutip jajan sikit ngan aiskrim Magnum tu, settle! Dah la dia memula kata taknak aiskrim, sekali bkn main byk dia mkn bila aku pelawa. Tsk.

Sampai rumah lebih kurang pukul 3pg gtu. Memasing nyenyak tidur, nasib la ada adik pompuan bangun bukakkan pintu. Huhu. Kan aku join adik adik aku tidur lambak je depan tv, pagi tu Umi Abah lalu depan tv sambil cakap 'eh Angah ada'. Aku tak ingat dah aku cakap apa, ngntuk sangat. Hahhaa. Tidur depan tv, faham je la, bila dah bangun semua bising la. Tinggal aku je tdo situ. Celik mata je tgk anak sedara kite terkebil kebil pandang, senyum senyum. 'Ehh, aunty.. Auntyy' Duk panggil panggil aku. Aku lambai je sambil cakap hai babyyyy. Pastu tido lagi hahahha.

Memang time balik tu, Banana nak ngn aku je. 'Aunty, nk shushuu.. Aunty, nak kottt.. Aunty, nak ashikk' Sampai Abah cakap rehat la mama dia mentang aku balik. Hahaha. Masa aku takde, Banana tu mmg selalu cari aku. 'Mama, aunty?' Ececeece. Kakak aku ckp aku ni mak dia. Dah la besar. Haha, sesuai.

Hari tu aku masak ikan singgang yang dah lama aku idam tau. Hahah. Umi balik dari kedai je ingat nak masak la untuk aku, tapi aku cakap dah masak semua mi, tggal makan je. Terus Umi rasa bersalah sebab anak dia balik, kena masak sendiri. Hahaha. Takpe, bukan selalu dapat makan aku buat, sebelum ni tak masak pun. Bahahahaha. Petang tu, pergi rumah kawan yg kahwin ari tu. Hantar hadiah hihi. Pastu berdesup g pasar malam. Sempat la beli beli sikit untuk family makan makan. Supposed keluar makan malam tu, tapi Abah prefer makan makan kat rumah je. Thats why la.. Pastu aku belikan barang mentah untuk rumah sikit. Itu aje yang mampu, hahhaa. Sibuk la Abah Umi kata aku menyusahkan diri je. Sikit sajoo.

Esoknyaa, lepas Subuh aku terus breakfast nasi minyak panas panas. Pergh, sedap gilo. Pastu tido. Perangai sangat aku ni. Tp tido kejap je sebab pastu nak g butik untuk fitting baju la apa la. Heret la Umi ngn Along. Lama gak la kat butik tu, lepas tu balik. Umi singgah kedai dulu, aku balik masak la kan sebab japgi nak balik dahh.. Sobs. Siap semua, makan, packing barang pastu Umi balik. Tanya aku Man dah gerak ke? Aku cakap on the way. Terus dia sedih. Dia kata aku balik kejap sangat, tak sempat nak main ngn aku hahhaa. Lawak je mak kita ni. Nak ajak main sep sep kot? Takpe, next time iols balik lagi.

Salam salam Abah Umi, peluk cium ketat ketat, terus balik KL. Sedihnyaaa. Cepat sangat masa berlaluuu. Huhuu. Bertolak dalam pukul 4 tapu jalan jem sbb accident kat Karak, maka lambat la sikit sampai. Sampai je trus tido. Esoknya Isnin, dh kerjaaa. Huwaaaa. Nak balik lagi..

Itu je la cte weekend lepas, phew. Seronok jumpa family, nt iols nak balik lagi. Jom yang? Hahhaha.

Ok bye ;)

I

No comments: