Wednesday, 9 April 2014

Getting a Haircut

Cte semalam. Sebenarnya termasuk semalam dah tiga kali kitorang pergi kedai gunting tu. Memula pergi tutup, terjengah la kepala aku duk tengok notis yang dia tampal tu. Kata tutup sampai 6hb. Besoknye 7hb gigih pergi lagi, tapi kan..still jugak tutup. Eh balik kampung ke apa dorang ni? Hahah.

Semalam lepas habis kerja je dia ajak aku gi lagi sekali. Pastu dah siap siap cakap la kalau kali ni pun tutup, nak mogok taknak gi dah. Hahah. Layankan aje. Dah la dia ni cerewet tau, nak dtg potong rambut sini jee. Tempat lain tak berkenan. Kalau potong kat tempat lain aku la yang kena tadah telinga hari hari dia merungut rambut tak cantik la apa la. Ish. Pernah la dia gi tempat lain, sampai sudah nak marah rambut tak jadi. Haha. Sesuatu sangat. Tambah pulak sini kedai melayu, kalau tempat lain jawabnya g kedai yang kita tak faham la dia cakap apa. Lagi dia nak faham kita kan? Kikiki.

Dah sampai tu nampak la kedai dh bukak, akhirnye. Aku pn memang la terniat nak potong rambut jugak, tp bila fikir macam segan la nk potong org pandang pandang kan. Tengok kat pintu kata ada tempat muslimah. Haaa. Bagus dah, tapi aku nak masuk dulu tgk camne. Kalau takat tabir langsir nipis tu taknak la jugak. Masuk dalam tengok tempat dia okay, nun jauh ke belakang sana tempat perempuan. Hihi. Suka hati, tggu la turn n sbb ada sorg je tkg gunting pompuan masa tu. Dia dah siap potong rambut, aku tengah tunggu turn lagi. Hihi.

Dah sampai turn aku, ikut la akak tu gi bilik muslimah. Condition tip top, memang dinding yang pisahkan dengan tempat lelaki. Privacy la, nanti takde la orang terjenguk kita kat dalam tu. Gitu. Dia sabar je tunggu aku kat luar tau. Hihi. Dah siap tu, aku conclude aku puas hati. Rambut cantik ececece, dia ikut la apa kita nak. Harga pun okay je kot, RM15. Ke mahal? Entah aku belasah je. Regular customer dapat cop dekat card dia, nt dah penuh cop tu boleh kelim free cut ke apa tah. Hahaha. So Nunang dapat
cop untuk dia dan cop on behalf on me. Gituu.

Eh, cakap cakap jugak kan. Nama kedai tu Hair World Salon, sebelah mamak kot, Ameera Ali dekat Seksyen 15, Bangi. Hahah. Recommended la untuk muslimah bertudung yang nak buat rambut/potong rambut.

Haha. Tu je, bye. *Libas rambut baru*

Pic bwh: Muka senang hati rambut Mohawk feveret. Bahahaha.

No comments: