Thursday, 17 April 2014

Bila si dia sakit gigi

Kesian sangat sorang tu sakit gigi, nak bercakap pun taknak. Sobs. Bertabahla, kang aku merajuk ada kena marah plak. Hahaha. Maka layankan aje orang sakit tu, dia taknak cakap, bia kita je yang cakap. Haha.

Semalam lepas balik kerja, laju laju dia gi klinik gigi, konon la nak cabut sebab sebelum ni pergi doktor bg ubat tahan sakit je. Gigi geraham kot, sayang nak cabut katanya. Rela sakit macam tu? Ish. Dah tu aku pulak nanti satu hal terasa orang taknak cakap. Bahahaha. Masuk je terus jumpa doktor kata tak tahan, nak cabut. Siap masuk bilik dh pastu tetiba keluar.

Aku tanya la dah siap ke, macam cepat je. Dia kata tak jadi, doktor suruh pakai ubat dulu, dia nak bagi ubat yg lg power. Gituu. Penat aku wish goodluck tau. Hahah. Balik tu sempat singgaj beli ayam crunchy pedas tu dengan burger sajoo. Tak jumpa nasi semalam oi! Nak ajak makan kang aku tak sedap plak dia mengaduh je depan aku. Korban la perut demi taknak tengok dia sakit depan aku. Haha.

Hari ni dia mc, alololo sian sangat. Td pun duk mengadu tak tahan jugak, nak gi cabut jugak. Cabut jela sbb takde kawan la nak cakap ngn kita! Doktor suggest jugak nak matikan akar gigi tu tp omg mahal wey, 900 kot? Pengsan. Biarla bukan duit aku pun tp meh sini je la, iols cabutkan ngn playar, nak? Hehehe.

Pastu td kan mmg dh rutin jugak dia bekalkan aku makanan, tadi bg nasi lemak. Aku pn bagi dia roti, untuk orang sakit. Untung la dapat tunang sweet gini. Hahaha. Eh lupa plak, dua malam lepas weols gi beli tepung cucur adabi tu, aku suruh dia balik goreng. Tau tau dia datang hantar kat aku. Diabetes kejap dapat bakal suami gini. Macam terbalik pulak aku ngn dia kan, baju pun dia basuhkan dia lipatkan. Habis la lepas kahwin nanti aku rasa dia nak bersara la, tak lama dh tuu. Hahaha.

Mintak hari ni dia gi cabut je sebab petang karang aku nak makan bahagia bahagia gitu. Mihmihmih. Takleh tgk dia sakit. Huhuu

Bye!

No comments: