Saturday, 19 April 2014

Ayam Penyet Taming Dekat Shell

Eh. Sesuka hati aku je letak nama kedai ayam penyet orang. Haha. Sebab kedai ayam penyet sedap tu takde nama, aku namakan jela senang cte. Eheh.

First time datang sini masa nak pergi Jobs Fair hari tu, tengahari konon nak makan dulu. Otw pegi tu tetiba nampak warung atas bukit tu. Warung tau. Ada atap khemah je, takde kipas ke aircond ke, semulajadi punya je. Ni kerja main belasah je experimenting food etc etc adalah kerja Nunang. Kalau aku susah sikit, nak gi kedai yang aku tau sedap je. Nk rasa rasa dulu tu bagi aku kang tak sedap tak berbaloi. Gitu. Kalau aku gi tempat pelik tu, mesti sebab dia la. Hahah.

Sampai je situ, bawah pokok gtu kan, kena panjat tangga pelik dorang kat situ. Haha macam scary sikit tangga nye. Eh situ byk jugak kedai, aku refer ni ayam penyet je la. Heheh. Sedikit awkward jugak, bukan sebab aku ni memilih tempat, tapi sebab tak biasa kot haha. Tepi longkang la jugak, tp bukan longkang busuk ke apa. Takde bau pun, okay sajoo. Terpulang la kot, bagi aku ok je sebab aku bantai je makan warung ni. Takde demand nak gi restorennn je. Asal sedap, I is okay.

Duduk, order pastu tunggu. Tetiba datang la nasi dalam bekas besar, pinggan kosong, sebakul keropok moni tu, lauk dua set-ayam+sambal+sayur+tempe+tauhu. Ooh maknanya nasi ni self serving la ye. So boleh la nak makan banyak ke, sesudu je ke. Suka hati. Boleh feeling makan kat rumah kejap. Best la makan macam tu, takdela tak cukup nasi nak mintak nasi tambah tapi segan kan. Selalu kalau aku ngn dia gi makan, tak pernah habis pun sebekas nasi walau dua dua dah tambah. Lepas hari tu, mmg aku request jugak la nak pergi sana lagi. Sebab sedap tau, dah la murah. Nasi ayam penyet RM5 je kot. Nangiss. Dah masuk kete boleh usap usap perut sebab dah kenyang sangat. Hahahha.

Hari tu bawak officemate makan tempat sama, dorang pun cakap sedap, siap bandingkan dengan tempat lain. Puas hati la, kenyang dan murah. Lokasinye dekat Shell Taming tu, kedai atas bukit sebelah flat nama apa entah. Berdepan traffic light. Kalau tak kisah makan sambil daun berguguran atas kepala la. Haha. Close to nature. Owner kedai tu baik sajoo. Sekian berita makan makan.

Bye.

No comments: