Friday, 6 December 2013

Tunangku, Dokterku

Citenyaa, aku ni jarang la sakit demam ke apa, alhamdulillah. Heheh tp beza ngn Nunang, kena hujan sikit pun besok demam la. Gittew. Kalau dia demam pun, apa sangat aku boleh buat. Pesan makan ubat je la. Kalau nanti duk sekali, boleh la tolong gelak ke. Hihihi. Ok, gurau.

Sebab aku jarang sakit macam demam ke apa, aku akan ngada lebih bila sakit pape. Contoh, tangan sakit sikit pun aku sibuk la ngadu. Sobsob. Yang syoknya, dia layan aku sakit tu. Beza gilaa ngan aku, kadang dia demam pun aku tak ambik port sgt kahkah.

Macam hari ni kan, keliling jari aku menggelupas. Dulu pernah jadi sekali macam ni. Ni dia jadi balik. Aku pun apa lagi, tangkap gambar, whatsapp dia kata jari sakit lagi. Hoihhhh, terus dia call iolls tau. Macam macam la dia suruh aku jangan tarik yang menggelupas tu la, suruh gi jumpa doktor balik la etc etc. Jari je kot sakit. Hahahah. Menggelabah je dia. Pastu aku cakap la kata ubat hari tu ada lagi kot, japg cari. Pastu baru dia lega, dia letak phone. Hahahaha. Caring lebihhh :p

Aku kat rumah macam biasa der, takde aku nak bersunggub cari ubat. Tetiba ada whatsapp Nunang. Ingatkan nape, rupanya dia tanya aku dah jumpa ubat ke belum. Lololol. Nampak kesungguhan dia kan. Aku kata ubat dah hilang, dia suruh aku gi klinik balik.

Tengok la nanti weh, dia ni jenis update tau apa yang dia suruh aku buat. Dia akan asyikkkk tanya 'dah gi klinik tak' berhari hari sampai aku bosan dengan soalan tu dan memaksa aku gi klinik betul betul. Pastu baru dia puas hati. Kang kalau ada ubat, dia akan keep tanya hari hari, buh ubat tak, makan ubat takkk. Amboii. Nurse peribadi sungguh. Bezaaa ngan aku kot. Sobs.

Nunang ni dia disiplin sikit bab sakit demam ni semua. Bab makan ubat. Contoh ubat tu kena makan 2 biji sehari, so dia akan ikut betul betul, timing siap. Dia akan makan tiap doblas jam. Kalo dia makan jam 3 petang, dia set alarm tau kul 3 pg untuk bangun semata mata telan ubat. Hahah. Kau ado? Kalau aku, mampus tak layan. Hahhaha.

Kadang aku takde sakit sangat, saje ngade lebih sebab aku suka bila dia caring kat aku. Wahahaha. Aku rasa, Nunang ni kalau jadi doktor pun bagus tau. Heheh. Tapi kan, dia kata jari aku kena infections berulang camtu sebab aku suka korek hidung guna jari tu. Pfffft. Dasarrrr sungguh. Hahahaha.

Bye.

No comments: