Wednesday, 25 December 2013

Nunang balik Ganu!

Haii :)

Minggu ni macam macam jadi tau, ada yang sedih ada jugak yang buat iols happy. So mane nak cite dulu ni? Hihi

Sabtu lepas, Nunang balik Ganu. Supposedly aku ikut family balik Kuantan sebab ada event tau, tapi sebab Nunang pun balik dan memang dah janji ngan dia, so aku tak ikut balik Kuantan. Nunang balik tu bersebab harus la aku kena tunggu dia kan.

Dia sampai rumah Sabtu malam, sebab dia half day Sabtu. So Ahad tu dah janji la dia nak ambik aku kat rumah, ada keje sikit nak buat. Dia dah pesan la kat aku kata nak gerak awal, Ahad tu aku bangun pagi terus siap masak untuk adik kat rumah yang tak ikut gi Kuantan kan. Rushing jugak la sebab dalam pukul 10:30 pagi camtu Nunang dah terpacak tunngu. Benci tau sebab aku tak sempat nak bersiap proper sikit hahah. Pastu merajuk kejap sebab marah datang cepat sangat. Padahal aku bangun lambat. Mihmihmih

Dia pick up aku, terus g hospital, jemput Abah dia pulak yang pegi check up pagi tu. Berdesup bawak aku balik rumah dia. Rehat jap, makan, tunggu dia mandi, dia tak mandi oii masa ambik aku hahaha. Patut la cepat sampai. Pastu tunggu Umi dia bersiap, lepas Zohor camtu kita gerak gi Salem Aziz aka Jakel kat Ganu ni.

Alaa, kalau gi Jakel tu mesti la tau nak buat apa, lagi pulak hujung taun camni memang sale. Masa raya haji tu dah janji ngan Nunang, nak tukar outfit akad nikah. Hahahaha. So tu la tujuan gi Jakel. Nanti aku cite proper sikit kenapa aku gedik nak tukar bagai. Hihi! Rambang mata gak la pilih kain ngan lace kan, kadang ada yang aku dah berkenan Umi dia tak suka pulak. Camtu. Last last memang ada satu tu kita 3 orang memang suka kaler tu, cantik. Sampai esok pun dia sebut lagi kata kain nikah kitorang tu lawa. Heheh.

Lepas beli kain tu, balik rumah Nunang lagi, bincang mana mana yang patut. Bincang doorgifts pun lama tau. Macam macam idea keluar. Lepas tu Nunang hantar balik. Tapi dalam kete tu aku membisu je sebab dia mawah kita pasal kita main phone masa tengah bincangg. Alaa, kita tgk phone kejap kejap je, macam masuk kelas pulak takleh main phone. Hahaha. Pastu aku merajuk la sebab kena marah. Stress je dia ngn aku time tu. Hihi, sorry.

Isnin tu tak gi mana mana sebab Nunang balik Kelantan. Tak bertegur pun ngn Nunang, rajuk membawak bawak. Tssskk. Selasa, dia bawak family datang rumah. Pilih tarikh. Wehee, alhamdulillah, kita dah dapat tarikh akad nikah semua. Umi aku pulak yang berdebar debar anak dia nak kawen tau. Tapi lambat lagi, sempat la nak buat persiapan InsyaAllah. Hihi.

Lepas tu petang sikit Nunang ajak keluar lagi, dia nak belikan kita cupcakes. Sebenarnya request masa hari merajuk tu tapi sebab both dah takde mood maka aku tak sebut la. Nasib baik dia ingat, merasa jugak hihi. Tenchiuuu yayangg bucukk. Dah beli cupcakes, Nunang ajak gi cari screen protector untuk gadget terbaru beliau. Huntonggg aaaa. Nyampah aku tau, jelesss. Tapi takde pulak yang dia berkenan. Sempat gi makan kejap sebab weolls makan bihun goreng masa bincang kat rumah aku tadi je. Dah lama rasa tak makan sama sama. Hahaha. Gedik je tau, sesuatu sangatt.

Pusing cari screen protector tak jumpa jugak, pastu Nunang ajak ikut cari DSLR pulak, sama sama ngn family dia. Kremmm kaki aku tunggu dia bincang nak beli benda alah tu. Aku tatau sangat pasal benda sedabak tu. Tu yang buat aku ngantukk je tunggu. Kalau la beli cadar ke, hello kitty ke aku suka la hikhik. Last last beli jugak Nikon D3200 kot? Ntah la lupa. Sedappp je sap sap sap dapat. Kalau la aku, taknak DSLR bagai tu, sebab tatau guna. Baik beli baju cantik cantik. Hahahaha.

Settle hal DSLR tu, Nunang hantar balik. Hewhew. Td dia dah gerak balik KL, just now dia call kata dh sampai. Alaaa, macam dah winduu je. Ahahahaha.

Tapi semalam macam tersentuh tau, aku berat hati nak jauh ngn dia lagi, dia cakap apa?

'sabar ye sayang, few months je lagi' hahaha.

Sebelum ni takde tarikh takleh la dia nak cakap camtu. Bila dia cakap gitu aku rasa macam tak lama dah. Hahaha. Tapi lama lagi sebenarnya. Hahaha.

Cte sedih tu nanti la aku buat entry lain. Entry menangis. Wahahaha.

Ok bye!

No comments: